Alhamdulillah.. I've been proposed..
Aku tidak tahu aku mencintaimu atau hanya aku menyayangimu
sebagai kawan..
Tetapi apa yang aku tahu…
Aku
hanya mahu mencintai Allah,tuhanku..
Aku
hanya mahu mencintai Muhammad,Rasulku..
Dan
aku mencintai Jihad,perjuanganku
Maafkan aku…
Bukan
aku tidak cuba..tetapi aku masih tidak bisa membuka hatiku
Kerana
cinta jihadku mula berkembang mekar dalam hatiku
Andai kau mencintaiku,menyayangiku dan ingin aku menjadi halal
buatmu
Cintailah Allah,Rasulullah dan Jihad dahulu sepertiku.. Carilah
ia,penuhilah hatimu dengan 3 cinta ini..
Aku tidak mahu cintamu itu
menghilangkan
cintaku pada jihad kembali
setelah hampir
setahun nikmat tarbiah ini ditarik kembali oleh Allah
untuk menguji keimananku,keilmuanku..
lalu
digantikan cinta dunia
hatiku
kosong meski kau hadir mewarnai hidupku
Kini
izin Allah,aku mendapat kembali cinta tarbiahku
Aku mohon kau penuhilah cintamu seperti cintaku ini barulah aku cuba membongkar isi hatiku kepadamu.
Aku mencintaimu kerana agama yang ada dalam dirimu
jika kau hilangkan agama yang ada dalam dirimu nescaya turut hilanglah cintaku padamu..
Aku tidaklah sempurna seperti SAIDATINA KHADIJAH
aku tidaklah secerdik SAIDATINA AISYAH
tidaklah
sesuci SITI FATIMAH bahkan
SITI MARYAM
tidaklah
seabid RABIATUL
ADAWIYAH
tidaklah
sekental SUMMAYYAH
bahkan KHAULAH
imanku nipis senipis kulit bawang Jiwaku lembut seperti buih-buih air dilautan yang
pecah tatkala disentuh
aku
memerlukan seseorang yang bakal menyempurnakan imanku
bukan
yang menyempurnakan kemewahan kepadaku
aku
memerlukan seorang pendidik
agar aku
terdidik bukannya diherdik.
Dan itulah mengapa hingga kini aku masih
belum bisa membuka pintu hati yang satu
itu
karna aku mahu mantapkan separuh imanku,akidahku dan perjuanganku
dan kau juga perlu begitu semasa
dalam proses menungguku agar
bila kau mula berputik dalam cintaku kita
bersama-sama menyemai cinta iman,aqidah taqwa dan perjuangan
Dalam
satu BAITUL MUSLIM YANG DIREDHAI
ALLAH..
Tak mungkin cinta suci itu bercampur baur dengan cinta
noda
Comments
Post a Comment