Posts

Showing posts from July, 2013

Siapa kata jadi wanita tak istimewa..betul tak zaha??

Image
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.  “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” “Bila nak cerai je, suami yang boleh

BERHARAP AGAR DIPERTEMUKAN RAMADHAN AKAN DATANG

Image
Fajar kini menginjak empat,  Dan malam ketiga berpisah, Sebak, lembut melambai dari hati, Yang masih kecil dan rebung   Mulut sedang cuba beribadah, Kumat kamit merendah diri, Mengunci benih-benih yang menjengah, Hati, gamaknya sama, Menutup kecil-kecil buruk sangka, Teringat, minta dilupakan, Terpendam, minta didamaikan, Terlanjur, minta diampunkan Moga benarlah ia melupus, Dengan rahmah dan resah taubah, Indah nian menangis, Kerna lebihnya gerun tak tercapai, Cinta Tuhan Maha Memeluk, Dibanding geletek rasa sang fitrah   Apa juapun terlintas, Semahunya biarkan hanya Engkau di sini, Meniup roh-roh mahu berubah, berhijrah, Cukuplah dua puluh lima yang tergadah, Tak pernah ampuh tanpa khasyiatullah   Kebil rayu yang sayu, Tersenyum kerna masih mampu, Menjaga jiwa segenap anggota, Namun masihlah terus ia merintih, Memohon untuk menangis   Moga akhirnya, Tersadur hati yang bersih, Putihnya jernih bersama makna-makn

ilmu jika tidak dicari,kesusahan bakal menjelma

PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA SYARIAT & ULAMA HAKIKAT Berikut adalah 1 kisah cerita yang membawa makna yang mendalam. Bacalah dengan hati yang bersih dan tenang. Insyaallah, anda akan menemui jawapannya. Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata.. “Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.” Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampu