Posts

Showing posts from 2016

Lepaskan tarbiyyah ruhani mu

Semanis gula ibarat cinta yang amat di dambakan Namun sepahit ubat turut meraih cinta yang kesunyian Tatkala amalan cuba kita kejarkan Terkadang kita mudah tewas dengan godaan si pemusnah insan "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah"                                                                                                (Hadith Riwayat Muslim )
    ~WARKAH CINTA BERBAU SYURGA~ Sebuah jiwa terbentang seluas Sahara Tersimpan sejuta rasa cinta dan kecewa Setiap untai kata yang termaktub Sudah menjadi warkah cinta berbau syurga Simpanan batinku hampir terbelah Tidak berhimpun dua cinta dalam satu jiwa Antara iman dan nafsu aku berjuang Meraih mahkota cinta dari syurga Biar beribu parut luka menghiris kalbu Hanya keikhlasan cinta menjadi penawar Sekalipun diriku terbuang di mata insan Engkau Maha mengerti kekalnya cinta ku ini Izinkan aku meniti diatas hamparan syurgamu Bila saat ku pergi biarlah cintaku tetap di situ [Selama-lamanya kelembutan takkan pernah tewas dengan kekerasan]

secebis harapan bisu

SEBUAH PENGHARAPAN BISU Ya Allah Jika engkau tidak mengizinkan aku Sampai ke sisi lelaki itu Maka kau penuhkanlah hatiku dengan cinta Untuk berbakti kepada saudara-saudaraku Ya Allah Engkaulah pemilik segala cinta Dan engkaulah segala penentu jodoh dan pertemuan ini Engkau telah menentukan ajal dan mautku Dan engkau telah menetapkan jodoh dan pertemuanku ya Allah Semenjak aku berada didalam rahim ibuku lagi Ya Allah Permudahkan aku untuk mencari belahan jiwaku Ya Allah Ya Allah Aku tidak tahu apa yang akan kutemui selepas ini Aku berharap agar engkau dekatkan aku dengan belahan jiwaku Engkau yang maha berkuasa atas sesuatu                                                                                                        

Hari ini dalam liku-liku kehidupan manusia

Sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku.. Kadang-kadang ALLAH tentukan sesuatu kerana ia baik untuk perjalanan idup kita Dan Allah sahaja yang berada disaat kita jatuh dan bangun Dan Allah sahaja yang tahu betapa peritnya hati kitauntuk menerima segala qada dan qadar tetapi yakinlah Allah ada bersama kita
Lama rasanya tidak ku buka coretan di sini...