Posts

Showing posts from January, 2019

Abah..

Mesin ventilator Wayar Dan semuanya Mengingatkanku pada abah.. Tatkala tarikh 23/1/2017 Abah accident Dan koma.. Sungguh semalam Semasa kak Sha tenat Nampak persis abah Beratnya jiwa itu

Kekuatan seorang suami (27 Januari 2019)

Image
Kekuatan cinta ialah Tatkala kau mengetahui Seseorang yg engkau cintai itu bakal pergi Kau menerima dia seikhlas hati Walaupun perit itu akan menjelma dalam hidupmu Dirimu menghabiskan masa² bersamanya Meskipun terpaksa menyeka air mata Disebalik tirai hati Gagahi perasaanmu Seperti kau gagah dalam pekerjaanmu sebagai ahli bomba Kuatnya jiwamu Seperti kau perjuangkan nadi isterimu Hanya berbekalkan 6 hari bersenda gurau selepas pernikahan Kau tabah mengharungi 29 hari suri hatimu Terlantar koma di tempatnya. Semoga Almarhumah berbahagia disana Bertemu sang penciptaNya Dan menunggu dirimu Di syurga.