Kekuatan seorang suami (27 Januari 2019)

Kekuatan cinta ialah
Tatkala kau mengetahui
Seseorang yg engkau cintai itu bakal pergi
Kau menerima dia seikhlas hati
Walaupun perit itu akan menjelma dalam hidupmu

Dirimu menghabiskan masa² bersamanya
Meskipun terpaksa menyeka air mata
Disebalik tirai hati

Gagahi perasaanmu
Seperti kau gagah dalam pekerjaanmu sebagai ahli bomba
Kuatnya jiwamu
Seperti kau perjuangkan nadi isterimu

Hanya berbekalkan 6 hari bersenda gurau selepas pernikahan
Kau tabah mengharungi 29 hari suri hatimu
Terlantar koma di tempatnya.

Semoga Almarhumah berbahagia disana
Bertemu sang penciptaNya
Dan menunggu dirimu
Di syurga.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi