Posts

Showing posts from March, 2020

Jangan sampai dibandingkan

Realiti. Perceraian bermula dengan pelbagai sebab 1) tiada persefahaman suami isteri 2) kelemahan antara suami dan isteri yang tidak disukai 3) hadirnya orang ke3 4) masalah kewangan 5) ketidakpuasan hidup bersosial 6) masalah pekerjaan 7) gangguan jiwa 8) perkahwinan jarak jauh 9) perkahwinan yang tak direstui atau diaturkan oleh keluarga 10 )masuk campuri bapa kandung atau mertua Dan yang paling perit ialah apabila diaturkan kehidupan rumahtangga oleh ibu bapa tak kira sama ada ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua. Sebagai ibu bapa, tugas dan peranan anda ialah menasihati dengan cara baik. Bukan melemparkan kata² nasihat yang mengguris hati anak atau menantu. Jika ada perbuatan yang tidak disukai dilakukan kepada anakya, elakkan terus menghentam. Kerana, Yang hidup 24 jam dengan anakmu itu Bukannya kamu Tetapi menantumu Yang masih lagi dalam fasa mengenali buruk baik anakmu Yang kadangkala kamu sebagai ibu bapa pun tak tahan dan tak pernah tahupun buruk yang

Makan ❤️

Menyesal kahwin? Sedih? Terasa? Makan hati? Rasa diri tak berguna? Manusia mudah melemparkan kata² tanpa memikirkan apa seseorang manusia lain itu rasa. Mulut biasa melontarkan rasa hati masing-masing mengikut hati masing-masing. Sehingga tak peduli perasaan orang yang dia pandang teruk itu. "Tak sayang laki ke?" "Tak puas lagi ke duduk dengan mak ayah sampai tinggal laki?" "Dulu beria nak kahwin" Kalau seseorang itu meletakkan dirinya ditempat seorang isteri yang sekarang bersama dengan anaknya, nescaya dia juga akan rasa perlu ada ruang untuk mengecas positif dalam dirinya semula. Bukanlah buruk anaknya, tetapi dia(isteri) perlukan ruangnya sendiri tanpa dikongkong oleh kata² seorang ibu kandung atau ibu mertua.