Jangan sampai dibandingkan

Realiti.
Perceraian bermula dengan pelbagai sebab

1) tiada persefahaman suami isteri
2) kelemahan antara suami dan isteri yang tidak disukai
3) hadirnya orang ke3
4) masalah kewangan
5) ketidakpuasan hidup bersosial
6) masalah pekerjaan
7) gangguan jiwa
8) perkahwinan jarak jauh
9) perkahwinan yang tak direstui atau diaturkan oleh keluarga
10 )masuk campuri bapa kandung atau mertua


Dan yang paling perit ialah apabila diaturkan kehidupan rumahtangga oleh ibu bapa tak kira sama ada ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua.

Sebagai ibu bapa, tugas dan peranan anda ialah menasihati dengan cara baik. Bukan melemparkan kata² nasihat yang mengguris hati anak atau menantu. Jika ada perbuatan yang tidak disukai dilakukan kepada anakya, elakkan terus menghentam.

Kerana,
Yang hidup 24 jam dengan anakmu itu
Bukannya kamu
Tetapi menantumu
Yang masih lagi dalam fasa mengenali buruk baik anakmu
Yang kadangkala kamu sebagai ibu bapa pun tak tahan dan tak pernah tahupun buruk yang dilakukan oleh anakmu dibelakang kamu sebagai ibu bapa.

Yang hanya tahu dan pendam ialah
MENANTUMU YANG REDHA DIPERLAKUKAN SEBEGITU DAN MELAKUKAN TUGASNYA SEBAGAI ISTERI@SUAMI KERANA ALLAH

MESKIPUN HATINYA SAKIT DAN SEDIH
KERANA DIPERLAKUKAN TAK SEPERTI IBU BAPANYA.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi