Posts

Showing posts from June, 2021

KALAU...

K A L A U Perkataan yang boleh mengundang bisikan syaitan, Perkataan yang boleh menyalahkan takdir yang telah berlaku, Perkataan yang boleh menghilangkan rasa syukur, Perkataan yang boleh membuat rindu itu tidak dapat diubati Dan semestinya, Kalau aku tidak menerimanya dahulu. Adakah aku diterima oleh Dia yang aku tunggu sekian waktu. Dia menghormati aku  Tetapi caranya membuat aku bingung Adakah dia suka atau Sekadar anggapan kawan atau teman. Sukar untuk hilang Jika ia sudah lama berakar dalam hati. Penat untuk menanti Jika ia sudah hilang dari pandangan diri ini. Jenuh untuk rindu Jika dia menutup semua dari aku. Sakit untuk terus menipu Jika dia terus berada di dalam kalbu. Siapa yang kejam? Aku atau dia? Semestinya aku. Kerana, Aku membiarkan dia bersemadi dalam hati Sehingga terasa aku ada dia. Meski dia tiada aku.