KALAU...

K A L A U


Perkataan yang boleh mengundang bisikan syaitan,
Perkataan yang boleh menyalahkan takdir yang telah berlaku,
Perkataan yang boleh menghilangkan rasa syukur,
Perkataan yang boleh membuat rindu itu tidak dapat diubati


Dan semestinya,
Kalau aku tidak menerimanya dahulu.
Adakah aku diterima oleh Dia yang aku tunggu sekian waktu.

Dia menghormati aku 
Tetapi caranya membuat aku bingung
Adakah dia suka atau
Sekadar anggapan kawan atau teman.

Sukar untuk hilang
Jika ia sudah lama berakar dalam hati.
Penat untuk menanti
Jika ia sudah hilang dari pandangan diri ini.
Jenuh untuk rindu
Jika dia menutup semua dari aku.
Sakit untuk terus menipu
Jika dia terus berada di dalam kalbu.

Siapa yang kejam?
Aku atau dia?
Semestinya aku.

Kerana,
Aku membiarkan dia bersemadi dalam hati
Sehingga terasa aku ada dia.
Meski dia tiada aku.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi