Posts

Showing posts from 2022

Siram kebencian

Ya Allah, Bahagiakan kehidupan orang yang selalu menggunakan ku untuk kepuasan dirinya. Ubatilah hati ini dari kesakitan yang dia lakukan Selalu kuminta untuk dia lupakan aku Agar aku tidak lagi dipergunakan Tetapi sudut hati Enggan untuk ianya terjadi Kali kedua terjadi Sehingga aku tidak lagi rasa Dia kawan baikku

Ikhlas tetapi...

Jika aku benar-benar penting bagi kamu Mengapa kamu membuat saya selalu Mengemis kebahagiaan dari kamu? Saya tidak pernah menyerah sehingga saat ini. Saya lelah kerana terus menyakiti perasaan sendiri. Untuk terus meyakinkan diri kamu agar saya tak berjuang sendirian. Sukar membuka hati Tetapi apabila sudah terbuka Berlaku sebaliknya. Perbuatan seakan-akan saya diterima. Tetapi semakin lama ianya semakin menampakkan  Saya hanya bertepuk sebelah tangan.😔

Tetap mimpi kamu

 Masih lagi dia muncul dalam mimpiku Kenapa? Sakit rasanya untuk terima mimpi itu. Jiwa saya sedih. Sedih dengan apa yang saya dah alami sekarang. Kenapa terus menghukum saya begini? 3 tahun tak bermakna saya dah buang kamu dalam diri saya. Sedang kamu? Terus buang saya dan menghantui jiwa saya. Membuatkan saya tak redha dengan takdir yang Allah dah tetapkan untuk saya dan kamu. Sekiranya mimpi itu benar, saya doakan dia dan kamu bahagia sehingga hujung hayat. Sekiranya kamu masih lagi belum memaafkan saya, saya memohon seribu kemaafan lagi sekiranya hati awak yang terluka itu masih belum pulih. Saya hidup dah tak lama.  Jiwa saya dah musnah. Hati saya dah hancur. Semua kerana awak. Terima kasih atas segala perhatian sepanjang perkenalan kita.  olaf ASR