Posts

Showing posts from February, 2024

Adakah kau begitu juga ASR

 Sehingga sekarang Masih termimpi akan dia Apa yang sebenarnya belum Selesai antara kami? Segala sudut memori Tak pernah terpadam satu pun Bagaimana aku bertemu dengannya sewaktu pmds. Berhubung kali pertama panggilan kerana dia belum sampai ditempat program disebabkan demam. Bagaimana pertama kali dengar azan maghrib yang dilaungnya semasa bulan ramadhan yang memang aku cari suaranya selama ini. Bagaimana perbualan semasa dinner faci mds. Bagaimana aku dengan rajinnya panjat bangunan HEA semata nak pergi Acis. Dan mengharapkan bertemu walaupun secara tak sengaja. Bagaimana aku terima selendang darinya. Kek coklat darinya dan aku buat ayam masak merah tambah kacang peas.  Bagaimana rasa bahagia bila dia tiba² join program melawat rumah orang tua. Bahagia tiba² dia ada semasa pindah masuk uitm Raub. Bagaimana rasa seronok bila balik kelas dia dengan motornya dan aku berjalan kaki atau menolak basikal pinjaman kolej. Bagaimana rasa seronok bila dia join mds lagi semasa semester akhirnya