Adakah kau begitu juga ASR

 Sehingga sekarang

Masih termimpi akan dia

Apa yang sebenarnya belum

Selesai antara kami?


Segala sudut memori

Tak pernah terpadam satu pun


Bagaimana aku bertemu dengannya sewaktu pmds. Berhubung kali pertama panggilan kerana dia belum sampai ditempat program disebabkan demam.

Bagaimana pertama kali dengar azan maghrib yang dilaungnya semasa bulan ramadhan yang memang aku cari suaranya selama ini.

Bagaimana perbualan semasa dinner faci mds.

Bagaimana aku dengan rajinnya panjat bangunan HEA semata nak pergi Acis.

Dan mengharapkan bertemu walaupun secara tak sengaja.

Bagaimana aku terima selendang darinya. Kek coklat darinya dan aku buat ayam masak merah tambah kacang peas. 

Bagaimana rasa bahagia bila dia tiba² join program melawat rumah orang tua. Bahagia tiba² dia ada semasa pindah masuk uitm Raub.

Bagaimana rasa seronok bila balik kelas dia dengan motornya dan aku berjalan kaki atau menolak basikal pinjaman kolej.

Bagaimana rasa seronok bila dia join mds lagi semasa semester akhirnya dan unit sama denganku. Dan sehingga terbit rasa cemburu bila dia borak dengan moon.

Bagaimana rasa seronok bila dia mengenali aku saat aku turun uitm jengka dengan melihat cara jalanku.

Bagaimana dia membuat aku berasa tenang saat aku secara tiba² call dia kerana disebabkan aku dituduh perkara yg tidak aku lakukan.

Bagaimana perasaan bangkit bila aku jatuh dan dia membuat satu kata seolah confess kepada aku.

Dan yang paling bermakna

Bagaimana rasa perasaan yang sangat² bahagia apabila, keluar pintu dewan semasa konvo dan dia berdiri disitu sambil memegang jambangan bunga matahari dan teddy bear. Buat pertama kali dalam hidup aku terima jambangan bunga dan jambangan bunga itu dari orang yg sangat aku sayang. Senyumannya dan kejutannya hadir walaupun ketika itu dia sedang belajar di uitm johor. Rupanya itu pertemuan terakhir kita ya..😔


Seiring dengan waktu berjalan, kita semakin jauh disibukkan dengan kerja² yang menuntut dalam hidup masing². Berhubung sebulan sekali atau 2 bulan sekali. Dan keluargaku mengaturku dengan seseorang. 


Kau hadir semula dengan kata² saat 3 hari sebelum nikah. Seseorang yang aku sangat harapkan untukku bahagia bersama-sama. Ya...kita terpisah bukan kerana kerelaan. Terpisah yang tiada kata putus. Terus berada diawangan tanpa dicapai semula. 


Meski 5 tahun berlalu. Nama,wajah,karakter, memori dan suara tetap berbunyi di dalam fikiran. Susah dipadam meski hidup kita sudah tidak berhubung antara satu sama lain.


Adakah kau begitu juga?? Atau hanya aku sahaja yang lebih?


Comments

Popular posts from this blog

Ada apa dengan mimpi