Posts

Showing posts from 2013

UkhUwah Fillah....biAr ia berkekaLan hinggA akhir hayatku..

Image
SAHABATKU.. ku doakan tiap derapan langkahmu diiringi dengan redhaNYA SAHABAT ku doa agar kau bisa menjalani liku-liku kehidupanmu dengan penuh sabar dan ikhlas.. agar engkau peroleh nikmatnya.. SAHABAT janganlah kau lupa akan persahabatan kita yang sekian lama terjalin atas kehendakNYA agar suatu hari nanti kita akan dipertemukan dalam kebahagiaan bukan kesedihan ingatlah bahawa kau sentiasa dihatiku meski kau lari beribu batu kau menghindar dariku tanpa khabar berita tidak menghubungiku akan ku ingat kalian selalu asalkan kau jangan mengkhianati detik-detik persahabatan kita kerna setiap pengkhianatan yang kau lakukan ia sama sahaja seperti kau mencarik jiwaku.. seronoknya kami dapat bersatu semula.. moga sahabat2 ku yang pergi berjuang mentelaah gedung ilmu di mesir bisa kukuh dan kuat jati diri dan doa kami untuk kalian selamat maju jaya dan bisa membawa perubahan kepada negara suatu hari nanti..

MEREKA INSAN YANG KU CINTAI KERANA-NYA

Image
Kehidupan selalu tidak menjamin kebahagiaan tatkala hadirnya derita mengundang resah dijiwa kegenbiraan menjelma menyuburkan hati yang sayu diuji       indeed every man tested his faith  berbuka puasa dalam kereta kat bentong..perjalanan nak balik kelantan raya 2013 Diri ini amat berasa bertuah kerana dilahirkan oleh dua insan yang sanggup berkorban untuk anak-anaknya.. apa sahaja kemahuan anak-anaknya pasti dapat..biarpun cepat atau lambat.. ya.Allah..berkatilah diriku dan berkatilah diri kedua orang tuaku.. sulit sungguh jika mengimbau kembali kisah lama..saat2 genting yang ku lalui bersama ibuku mengajar ku erti kehidupan yang sebenar.. terima kasih mama... kerana mendidikku dengan penuh kasih sayang... mengajarku cara pergaulan yang tidak melanggar syariat membimbingku kepada akhlak yang mulia terima kasih abah.. kerana menyara sepanjang persekolahanku melayan karenahku ingin itu dan ini apa yang ku harapkan agar abah dapat membimbing mama membawanya ke jalan yang diredha

Siapa kata jadi wanita tak istimewa..betul tak zaha??

Image
Sebagaian wanita mengeluh kerana mereka perlu hidup sebagai seorang wanita, seperti yang kita lihat dialog di bawah. Mereka seolah-olah mempersoalkan ketentuan Allah SWT terhadap mereka.  “Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.” “Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.” “Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!” “Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!” “Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?” “Bila nak cerai je, suami yang boleh

BERHARAP AGAR DIPERTEMUKAN RAMADHAN AKAN DATANG

Image
Fajar kini menginjak empat,  Dan malam ketiga berpisah, Sebak, lembut melambai dari hati, Yang masih kecil dan rebung   Mulut sedang cuba beribadah, Kumat kamit merendah diri, Mengunci benih-benih yang menjengah, Hati, gamaknya sama, Menutup kecil-kecil buruk sangka, Teringat, minta dilupakan, Terpendam, minta didamaikan, Terlanjur, minta diampunkan Moga benarlah ia melupus, Dengan rahmah dan resah taubah, Indah nian menangis, Kerna lebihnya gerun tak tercapai, Cinta Tuhan Maha Memeluk, Dibanding geletek rasa sang fitrah   Apa juapun terlintas, Semahunya biarkan hanya Engkau di sini, Meniup roh-roh mahu berubah, berhijrah, Cukuplah dua puluh lima yang tergadah, Tak pernah ampuh tanpa khasyiatullah   Kebil rayu yang sayu, Tersenyum kerna masih mampu, Menjaga jiwa segenap anggota, Namun masihlah terus ia merintih, Memohon untuk menangis   Moga akhirnya, Tersadur hati yang bersih, Putihnya jernih bersama makna-makn

ilmu jika tidak dicari,kesusahan bakal menjelma

PERBEZAAN PENDAPAT ULAMA SYARIAT & ULAMA HAKIKAT Berikut adalah 1 kisah cerita yang membawa makna yang mendalam. Bacalah dengan hati yang bersih dan tenang. Insyaallah, anda akan menemui jawapannya. Terjadi suatu peristiwa, seorang pemuda telah bertanya kepada guru tasawufnya tentang perbezaan antara orang-orang syariat dan orang-orang hakikat dalam memahami agama Islam dan kenapa ilmu hakikat tidak berkembang luas. Kemudian sang guru berkata.. “Untuk aku menjawab soalanmu itu wahai muridku, pergilah bertanya kepada kedua mereka akan dua persoalan ini iaitu yang pertama, adakah Allah itu berkuasa dan yang kedua, sembahyang itu apa hukumnya? Pergilah ke kampung sebelah kerana disana kamu akan menemui ulama syariat dan ulama hakikat. Bertanyalah kepada orang-orang kampung disana untuk mencari mereka.” Akur atas arahan gurunya itu lantas si pemuda tanpa banyak bicara terus ke rumah ulama syariat yang terkenal dikampung sebelah dengan bertanya-tanya arah rumahnya kepada orang kampu

*F0r tHe rEst 0f my Life*: MY LITTLE DA'IE

*F0r tHe rEst 0f my Life*: MY LITTLE DA'IE :                                >gambar di sekolah kebangsaan puchong indah..tunggu mak&abah mengudi<     "anak itu ibara...

MY LITTLE DA'IE

Image
                               >gambar di sekolah kebangsaan puchong indah..tunggu mak&abah mengudi<     "anak itu ibarat kain putih,maka kitalah yang akan mencorakkan peribadi dan akhlak mereka sejak kecil lagi" 4 peringkat mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah: 1)Tahap pertama (0-6 tahun)        pada waktu ini,anak hendaklah disayangi dengan sepenuh hati oleh ibu bapa,dibelai dengan kasih sayang,diajak bermain dan bergurau.Sebabnya agar anak2 sentiasa sedar rujukan terbaik bagi mereka adalah kedua ibu bapa mereka. 2)Tahap ke-2 (7-14 tahun)       ketika ini,ibu bapa hendaklah mendidik mereka dalam kasih sayang..tetapi??ada tapinya..mesti tegas dalam arahan,disiplin dan beri mereka tanggungjawab.Didik mereka dengan solat,puasa dan ibadah lain2.. 3)Tahap ke-3(15-21 tahun)       hendaklah dididik mereka dengan cara berkawan.Bertukar pandangan dan menghormati pandangan mereka selagi tidak bertentangan dengan syariat. 4)Tahap ke-4(21 tahun ke atas)
Perjuangan itu manis manisnya seperti gula yang dihurungi semut apabila islam berada di atas  para pejuang tersenyum dan melindunginya seperti nyawa mereka sendiri tatkala bunyi desiran bingkas bangun melihat apakah ia terlalu menjaga sedang kita?? apa yang kita lakukan saat mendengar tangisan anak2 yang tidak berd0sa?? Perjuangan... kadangkala ia bisa bertukar menjadi pahit.. pahit yang sepahitnya tak tergambar di riak wajah tak terlukis pada tingkahlakunya hanya bisa tercoret dalam lubuk hati yang paling kecil ini sakit,perih,dihina dan dicaci menjadi makanan asasi bagi yang teguh dia merelakan bagi yang lemah ia mengundurkan lantas apa yang kita perlukan sekarang ini?? ya..itulah seorang pemuda yang gagah seperti Saidina Umar yang pemurah seperti Saidina Abu Bakar yang bisa meng0rbankan hartanya ke jalan Allah seperti Saidina Uthman yang berani seperti Saidina Ali mengambil alih tempat tidur Rasulullah S.A.W. yang bijaksana seperti

SENDI-SENDI KEKUATAN DALAM MEMERANGI NAFSU

1.HATI       Hati akan menjadi benyeng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup,lembut,bersih,cekal dan selalu mengingati pesanan Sayyidina 'Ali yang berbunyi:             "sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala mempunyai benjana di atas buminya iaitu hati-hati...maka hati yang paling disukai oleh Allah subhanahu wata'ala ialah hati yang lembut,bersih dan cekal.Kemudian Sayyidina A'li menafsirkan (kalimah-kalimah tersebut dengan) katanya:cekal dalam pengangan agama,bersih didalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin." Saidina  'Ali juga berkata: ''Hati seirang mu'min itu bersih,terdapat padanya pelita yang bercahaya.Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit." Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mu'min menerusi firman Allah dalam Surah Al-Anfal 8:Ayat 2:          ''Orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke