SENDI-SENDI KEKUATAN DALAM MEMERANGI NAFSU

1.HATI
      Hati akan menjadi benyeng yang kuat dalam memerangi nafsu sekiranya hati itu hidup,lembut,bersih,cekal dan selalu mengingati pesanan Sayyidina 'Ali yang berbunyi:
            "sesungguhnya Allah subhanahu wata'ala mempunyai benjana di atas buminya iaitu hati-hati...maka hati yang paling disukai oleh Allah subhanahu wata'ala ialah hati yang lembut,bersih dan cekal.Kemudian Sayyidina A'li menafsirkan (kalimah-kalimah tersebut dengan) katanya:cekal dalam pengangan agama,bersih didalam keyakinan dan lembut terhadap saudara-saudara mukmin."

Saidina  'Ali juga berkata:
''Hati seirang mu'min itu bersih,terdapat padanya pelita yang bercahaya.Hati seorang kafir itu hitam serta berpenyakit."

Al-Quran Al-Karim memberi gambaran tentang hati orang-orang mu'min menerusi firman Allah dalam Surah Al-Anfal 8:Ayat 2:
         ''Orang-orang yang apabila disebut nama Allah gementarlah hati-hati mereka dan apabila dibacakan ke atas mereka ayat-ayatNya bertambahlah keimanan mereka"

Dalam menggambarkan sifat-sifat hati orang-orang kafir pula Allah menjelaskan di dalam Surah Al-Hajj 22:ayat 46:
    ''Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang uta,tetapi yang buta itu ialah hati yang di  dalam dada."

Allah juga berfirman di dalam Surah Muhammad 47:Ayat 24:
     "Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran ataukah hati mereka terkunci".


2.'AQAL
   'Aqal adalah(ciptaan Allah)yang dapat melihat,mempunyai daya memahami sesuatu,mampu membezakan dan dapat menyipan sesuatu fahaman dari ilmu-ilmunya dimana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dengan Allah,mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya.'Aqal seperti inilah yang di maksudkan oleh firman Allah dalam Surah Fathir 35:ayat 28:
          "sesungguhnya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba-hambanya hanya 'ulama' ".

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menyebut betapa tingginya nikmat 'aqal ini dalam sabdanya:
    "Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari 'aqal".

Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam berpesan kepada Sayyidina 'Ali Karramallahu wajhah:
                     "Apabila manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka engkau dampingilah Allah dengan 'aqal fikiran engkau".

Rasulullah juga bersabda;
       ''Tidaklah beruntung seorang lelaki(cengan satu pemberian)dibandingkan dengan kelebihan kurniaan  'aqal yang dapat membimbing pemiliknya kepada petunjuk dam menahannya dari perkara yang buruk".
                                                                                                   (Hadith Riwayat Al-Mujbir)

     Oleh kerana betapa tingginya nilai 'aqal maka islam menganjurkan agar 'aqal di isi dengan ilmu dan ma'rifah serta menjadikanya  sebagai sebab-akibat yang memandu segala tidakan,yang hak dengan yang batil sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu 'alaihi Wasallam:
                ""Siapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya diberikan kefahaman yang mendalam dalam     agama".

Sabda baginda lagi:
"Kelebihan (keutamaan) seorang alim atas seorang 'abid (ahli ibadat) adalah seperti kelebihanku atas orang yang paling rendah dari sahabat-sahabatku".

Semua ini membuktikan betapa tingginya nilai dan kesan 'aqal dalam proses membina kekuatan insan dalam diri manusia.Dengannyalah manusia dapat mengenali serta menyelami hakikat alam semesta dan rahsianya.

   Oleh yang demikian,'aqal seorang mu'min itu adalah 'aqal fikiran yang waras,dapat membezakan buruk dan baik,halal dan haram,kebaikan dan kemungkaran kerana ia melihat segala perkara dengan cahaya Allah yang dapat enembusi di sebalik tutupan yang halus.Di dalam firman Allah Surah An-Nur 24:ayat 40:
                "Dan barangsiapa yang tidak diberi cahaya petunjuk oleh Allah,maka tidak ada baginya cahaya sedikitpun".

Cahaya 'aqal seseorang mu'min itu sentiasa bersinar,tidak dipadam kecuali oleh kerja-kerja maksiat yang berkekalan,dilakuka pula secara terang-terangan dan tidak pula diikuti dengan taubat.Rasulullah Sallallahu 'Alaihi wasallam menjelaskan
            "siapa yang melakukan dos maka bercerailah aqalnya dari dirinya,ia tidak akan kembali kepadayan buat selama-lamanya".

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam juga bersabda:
  "Kalaulah tidak kerana syaitan-syaitan itu mengeliling hati anak-anak Adam nescaya mereka dapat melihat(merenung) kerajaan Allah dilangit dan di bumi,".

Anas bin Malik radiallahu 'anh menceritakan::
   "semasa aku menemui 'Uthman bin Affan radiallahu anhu,aku bertemu dengan seorang wanita si wanita dalam perjalanan lalu aku sempat mengerling memandangnya dan tertarik kepada kecantikannya.Lalu semasa aku menemuinya "Uthman berkata kepadaku:"seorang dari kamu menemuiku sedangkan kesan zina kelihatan pada kedua matanya".Adakah engkau mengetahui bahaw zina mata itu ialah memandang??Hendaklah kamu bertaubat atau aku akan mengenakan hukuman ta'zir.Lalu aku pun bertanya:Adakah lagi wahyu(kepadamu) selepas Nabi.Maka 'Uthman menjawab":'Tidak,tetapi(dengan pandangan) basirah hati,burhan dan firasat yang benar"


Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi