MEREKA INSAN YANG KU CINTAI KERANA-NYA


Kehidupan selalu tidak menjamin kebahagiaan
tatkala hadirnya derita mengundang resah dijiwa
kegenbiraan menjelma menyuburkan hati yang sayu diuji

      indeed every man tested his faith 

berbuka puasa dalam kereta kat bentong..perjalanan nak balik kelantan raya 2013

Diri ini amat berasa bertuah kerana dilahirkan oleh dua insan yang sanggup berkorban untuk anak-anaknya..
apa sahaja kemahuan anak-anaknya pasti dapat..biarpun cepat atau lambat..

ya.Allah..berkatilah diriku dan berkatilah diri kedua orang tuaku..

sulit sungguh jika mengimbau kembali kisah lama..saat2 genting yang ku lalui bersama ibuku mengajar ku erti kehidupan yang sebenar..

terima kasih mama...
kerana mendidikku dengan penuh kasih sayang...
mengajarku cara pergaulan yang tidak melanggar syariat
membimbingku kepada akhlak yang mulia

terima kasih abah..
kerana menyara sepanjang persekolahanku
melayan karenahku ingin itu dan ini

apa yang ku harapkan agar abah dapat membimbing mama
membawanya ke jalan yang diredhaiMu
doa anakmu agar abah menjadi seorang imam untuk isteri dan anak-anaknya
menjadi makmum kepada gurunya
menjadi suami yang soleh
menjadi pahlawan yang bisa turun ke medan pertempuran..


mama...
apa yang kakak impikan
mama menjadi bidadari yang paling tercantik di syurga nanti
disisi suamimu yang soleh
mama menjadi tulang belakang bagi abah dalam setiap pertempuran yang dilaluinya
menjadi guru kepada anak-anakmu supaya
kelak mereka bisa menjaga diri mereka dalam keadaan yang diredhaiNYA

YA ALLAH
KAU SATUKANLAH MEREKA DALAM MIHRAB CINTAMU
AGAR MEREKA BERSATU DALAM LINDUNGAN-MU
YA ALLAH
KAU LINDUNGILAH MEREKA DARI SEGALA MARABAHAYA
ANDAI DITAKDIRKAN MEREKA DIKEMBALIKAN KEPADA-MU
TEMPATKANLAH MEREKA DI SEBAIK-BAIK TEMPAT
PELIHARALAH MEREKA SEPERTI MEREKA MEMELIHARAKU DARI KECIL SEHINGGA BESAR
JANGANLAH DIBIARKAN MEREKA TERKAPAI-KAPAI KELEMASAN
DIBAWA ARUS DERAS DUNIA
SENTIASALAH MENYENTUH HATI MEREKA
AGAR TIAP-TIAP HEMBUSAN NAFAS MEREKA SENTIASA DALAM IMAN-MU

KU MOHON YA ALLAH
SETELAH APA YANG BERLAKU SEPANJANG BAHTERA MEREKA BERDUA
KAU KUKUHLAH CINTA MEREKA DALAM LANDASAN-MU
AGAR CINTA MEREKA BUKAN SAHAJA SEMENTARA
MALAH DIRANTAI DENGAN CINTA-MU SEBAGAI PENGUKUH SATU PERHUBUNGAN..



Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi