Siapa sahabat kita sebenarnya???

kalau kita sayang kawan bawa dia jalan yang baik

Kawan itu ibarat roh kita.Sekali disentuh pasti terasa.Kadangkala gerak gerinya ada yang menyakitkan hati kita.Tapi itu lumrah kerana tanpa ada pahit manis dalam bersahabat,tidak berserilah sesuatu kenangan itu.

Ada sedikit tips Ain nak ajak kawan2 kenal bagaimana sifat seorang sahabat yang betul2 ikhlas bersama korang semua:

1)Dia sedia meminjamkan bahunya tika kamu jatuh dalam kesedihan.
2)Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu asalkan kamu bahagia.
3)Dia mendahulukan keperluanmu melebihi keperluannya
4)Dia sentiasa mengajak kamu kearah kebaikan.
5)Dia yang sentiasa mendoakan kamu dalam setiap sujudNya.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang boleh kita tengok.Tapi apa yang paling penting sahabat ialah seseorang yang sentiasa bersama kita tatkala susah dan senang.Dan bukannya memanfaatkan kita untuk menaikkan dirinya.

Ain sayang semua sahabat2 Ain dunia dan akhirat! :)

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi