Posts

Showing posts from January, 2017

N.A

Ain tidak mengharapkan langit terbentang luas Cukuplah bayang bintang menghiasi lautan Kenapa harus dimunculkan lagi Wajahnya Kenapa harus diterbitkan lagi Rasa dahulu Mungkinkah ini petanda Akan ku lalui buat kali kedua Untuk menenteramkan diri Selama 2 bulan tanpa keinginan diri 12.18 am 18/1/2017

Cemburu

Rezeki ada pada batang tubuh masing². Ia tak sama diberi pada semua dan ia tak berkurang diberi pada setiap orang 😞Cemburu itu lumrah. Merasakan tidak cukup dalam diri bila melihat orang lebih dari diri kita. Herm..Ain akui..cemburu yang paling kuat ialah cemburu dengan sepupu sendiri. Cemburu kerana Ain tak dapat berdiri 😌 dengannya. Semuanya dia mengatasi tidaklah kira dari segi 📚akademik, 👯sosial, 👭👬perhubungan dan banyak lagi. Nak dikatakan 📚PMR, SMA, SPM dia mengatasi keputusanku. Cumanya STAM kami bersama mencapai target.👍🏻 Namun bukan juga rezeki kami untuk menyambung✈ pelajaran ke Maahad Tahfiz dan Universiti Al-Azhar walaupun sudah melangkah setapak. Dia berjaya menyambung ke bidang 🎓Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah sedang diriku? Hanya kerana kesilapan yang sedikit Ain tidak berjaya ke Ijazah untuk pengambilan pertama. Ain menyambung pengajian di peringkat 🎓Diploma Pengajian Pengurusan di UiTM. Bukanlah kehendak hati karna Ain ingin mencuba k

Akhlak mulia cerminan diri

Malam yg hening, angin menghembuskan nafasnya mendalam seakan memberitahu kesedihan yang terbuku di hati Amira "Kau pencuri Alia!" Jerit Amira "Bukan Alia yang melakukannya Alisha" Alia bersuara mempertahankan dirinya "Sudah..Amira, Alia..Saya tak nak dengar lagi. Amira,jujurlah pada katamu bahawa Alia tak bersalah dalam hal ini." "Apa ni Alisha,duit awak hilang. Terang terangan Alia yang ambil" "Sudahlah Amira.Saya dah tahu kebenarannya. Apa yang awak simpakan dalam hati awak terhadap Alia,hapuskanlah.Sesungguhnya niat yang buruk membuatkan hati kita makin jauh dengan Allah." Solat yang sempurna menjamin seseorang akhlaknya yang baik Kerana ia membantuti akhlak buruk Tetapi seandainya Cacat celanya solat seseorang Maka mudahlah tiupan roh akhlak buruk menyelimuti hati Itu tandanya amal sekadar menunjuk nunjuk. Orang buat kita buat orang tidak buat kita tidak melakukannya. Akhlak yang buruk seperti khianat,dengki,cembur

Sayang mama

Peristiwa food poisoning ini banyak memberi kenangan. Kadangkala kita meningkat dewasa kita kurang bersama dengan ibu. Kita kurang merasa belaian kasih sayangnya. Ibu sibuk menguruskan keperluan anak2nya hingga tidak mencara keperluan dirinya. 2 hari bermula pada hari selasa 10 Jan 2017-11 Jan 2017 ain demam dan muntah teruk. Apa sahaja yang masuk ke perut dikeluarkan semula melalui mulut. Peritnya tak terkata. Perut kosong, badan lesu, suhu badan meningkat. Seharian mama mengambil alih tugas mengasuh bayi. Ain cuba bantu mana yg terdaya namun bau susu tepung cukup menghantui tekak ketika itu. Pada tengah malam sewaktu ain tidur mama kata ain meracau. Dijelumnya dahi dengan kain basah agar dikurangkan panas dalam. Jam 2 pagi ain terbangun. Terasa bergelodak di tekak ingin keluar meronta Esoknya terpaksa ambil cuti tetapi ain gagahkan juga utk jaga mereka. Ain sayang mama. Cukuplah apa yang ain rasa selama 12 tahun ini. Terasa sakit disaat melihat mama menanggung banyak

Lapangan yang meresahkan

Kehidupan ibarat satu taman Ia akan indah bila disuburi iman Malah ia terkubur bila dibatasi kuman Kuman halus yang merusuh didalam iman Tatkala dibiarkan hati terkulai Tanpa tarbiah Tatkala dibiarkan perilaku membisu Tanpa gerak kerja Tatkala dibiarkan jiwa kosong Tanpa disisipkan tinta kalam Allah Allah..terasa berat Tatkala bebanan dahulu hilang Walhal bebanan itu menggembirakan Jiwaku,perasaanku,imanku