Sayang mama

Peristiwa food poisoning ini banyak memberi kenangan.

Kadangkala kita meningkat dewasa kita kurang bersama dengan ibu. Kita kurang merasa belaian kasih sayangnya. Ibu sibuk menguruskan keperluan anak2nya hingga tidak mencara keperluan dirinya.

2 hari bermula pada hari selasa 10 Jan 2017-11 Jan 2017 ain demam dan muntah teruk. Apa sahaja yang masuk ke perut dikeluarkan semula melalui mulut. Peritnya tak terkata.

Perut kosong, badan lesu, suhu badan meningkat.

Seharian mama mengambil alih tugas mengasuh bayi. Ain cuba bantu mana yg terdaya namun bau susu tepung cukup menghantui tekak ketika itu.

Pada tengah malam sewaktu ain tidur mama kata ain meracau. Dijelumnya dahi dengan kain basah agar dikurangkan panas dalam. Jam 2 pagi ain terbangun. Terasa bergelodak di tekak ingin keluar meronta

Esoknya terpaksa ambil cuti tetapi ain gagahkan juga utk jaga mereka.

Ain sayang mama.
Cukuplah apa yang ain rasa selama 12 tahun ini.
Terasa sakit disaat melihat mama menanggung banyak perkara
sedang aku? Masih belum mampu memberi sedikit keceriaan dihati mama yang menjengah 46 tahun pada 19 Januari ini.

Kakak hanya ada mama sahaja didunia ini..

Keinginan untuk sambung ijazah terpaksa Ain redakan sebentar.

Yang paling utama
👉keperluan mama
👉angah,uyun dan ilan

Dan Ain berharap
Dapat hidupkan abah kembali...

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi