Cemburu

Rezeki ada pada batang tubuh masing². Ia tak sama diberi pada semua dan ia tak berkurang diberi pada setiap orang

😞Cemburu itu lumrah. Merasakan tidak cukup dalam diri bila melihat orang lebih dari diri kita.

Herm..Ain akui..cemburu yang paling kuat ialah cemburu dengan sepupu sendiri.

Cemburu kerana Ain tak dapat berdiri 😌 dengannya. Semuanya dia mengatasi tidaklah kira dari segi 📚akademik, 👯sosial, 👭👬perhubungan dan banyak lagi.

Nak dikatakan 📚PMR, SMA, SPM dia mengatasi keputusanku. Cumanya STAM kami bersama mencapai target.👍🏻
Namun bukan juga rezeki kami untuk menyambung✈ pelajaran ke Maahad Tahfiz dan Universiti Al-Azhar walaupun sudah melangkah setapak.

Dia berjaya menyambung ke bidang 🎓Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan As-Sunnah sedang diriku? Hanya kerana kesilapan yang sedikit Ain tidak berjaya ke Ijazah untuk pengambilan pertama.

Ain menyambung pengajian di peringkat 🎓Diploma Pengajian Pengurusan di UiTM. Bukanlah kehendak hati karna Ain ingin mencuba kali ke2 tetapi kerana nasihat mama ya dituruti.

Allah maha adil dan maha pemberi rezeki. Hidup Ain mula berubah dari satu fasa ke satu fasa yang sangat memberi makna perjuangan. Ia tak dapat diungkap dengan kata².

Menghadapi 👨‍👩‍👧‍👦liku² masalah keluarga disaat perjuangan menuntut pengorbanan. Disaat hubungan matlamat mula dibina makin rapuh meruntuh.

Cemburu itu berlaruran hingga Ain telah tamat belajar dan menunggu graduasi. Sama sepupuku. Namun kami berbeza graduasi dan Ain melihat dia lebih bagus dariku. Sedang diriku tidak punya apa.

Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain [HR al- Bukhari]

Huraian Hadith:

1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.

2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.

3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:

Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.

Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Nukilan,
Nur'Ain Khalily MNA

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi