Rasa yang tak pernah tertukar

_you owe no one any explanation of what you do

setebal mana pun doa pengharapan
jika dia bukan milik kau
memang takkan pernah tertukar

meski kau tahu.
betapa indahnya cinta yang kau mekarkan
jika dia sedikit pun tidak melihat kembangnya cinta terhadap dia

tetap kau tidak memperolehinya.
kau buta mata kau!
kerana cinta pada yg pasti mati!
kau sanggup korbankan segalanya demi cinta pada yang mati.

adakah ianya berbaloi.
bahkan pasti melukakan hatimu
yang tidak pernah ingin menerima kenyataan.

oleh itu.
kau simpan sahaja perasaaan itu
jangan kau korbankan masa.
jangan kau korbankan tenaga
jika kau tahu
cinta kau takkan pernah berbalas!

kau simpanlah sahaja dik
dia ibarat langit
indah lagi tinggi..
sedang kau!?
masih di tanah yang gersang.
tanpa secerah rumput dihamparkan
untuk kau setanding indah bersama dia.

kau simpanlah dik perasaan kau...
aku tahu
meski ia bukan mudah
jangan sampai kau menggali kuburmu sendiri
demi dia yang belum pasti

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi