Moga dia datang membawa hikmah

Abah...
Tiada siapakah insan yang berani
Menggantikan tempat abah...

Tiada siapakah yang berani
Mengambil hati ini gembira semula

Tiada siapakah yang berani
Menjadi penawar dari kesedihan

Abah
Minggu depan ada orang nak datang
Kakak memang tak meletakkan sebarang harapan lagi
Macam yang kakak pernah cerita kat abah
Dua hari sebelum abah tinggalkan kakak

Masa abah tengah koma..
Abah...
Dia dah nak kahwin...
Kakak sudah malas nak mencari...

Siapa yang datang kakak cuba terima
Syaratnya :
1) Dia tidak merokok
2) Dia faham kakak
3) Dia boleh bimbing kakak
4) Dia boleh izinkan kakak aktif untuk teruskan kerja dakwah kakak...

Abah...
Tiada siapa tahu apa yang kakak alami...
Kakak tak ada keluarga yang lengkap..
Abah...

Kakak benci dengan boneka lelaki sekarang
Abah..baru ni kakak tengok cerita kl force
Kakak teringat dulu kakak panggil abah rosyam nor....

Kalau orang tanya kenapa kakak tak guna nama intan
Kakak cakap nak guna nama lain

Walhal...kakak nak matikan intan 23 tahun lepas..kakak nak hidup baru..sakit sangat 12 tahun lepas..cukuplah intan berkubur ikut abah kesana.

Setiap hari Jumaat, kakak ajak anak murid bacakan yaasin..moga hadiah dari 11 orang anak suci itu bisa menjadi hadiah terindah untuk abah disana.

Mengharapkan kakak yang banyak dosa..kasihan abah disana.

Kakak rindu abah..abah tak rindu kakak lagi ke?

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi