my secret love was ended

2nd day after 3rd November 2018
***************************************
"Kita nampak lahiriah dia yang terbaek..tapi hakikatnya Allah tu tahu siapa yang terbaek" ~kak sumayyah Hidayah~
****************************************
Dalam kehidupan pasti kita akan bertemu dengan sesuatu yang kita sukar menerima.
Ia datang dan ia pergi.

Syukur kerana aku diajar untuk tidak mencintai selain dari diri dan sesama jantinaku..
Kerna aku tahu tiada kebahagiaan yang akan dikecapi jika aku menyerahkan hati aku pada insan yang bernama lelaki.

Namun persepsi aku menggugah diri aku tatkala ada seorang insan yg merupakan kawan baik aku sendiri menyatakan hasratnya pada 2013.

Mengenalinya serta latar belakangnya membuat serba sedikit terbuka..Disarungkan 💍 pada 4 August 2014 membuatkan keyakinan aku bertambah kuat..perjanjian selama 4 tahun aku setelah aku tamat belajar.
Namun
8 August 2015.. kau pecahkan janji dengan sendirinya.

____________________________________________
Selama 2 minggu bertarung kemurungan..
Abah dan mama bercerai
Dia berkahwin dengan orang lain sedangkan berjanji denganku
Stress dengan assignment, jawatankuasa kolej.

Aku mengenali seorang senior akaun semasa bersama dalam orientasi.

Dan aku juga mengenali seorang senior degree semasa bergerak kerja dalam persatuan.

Aku bangkit perlahan dengan menyibukkan diri dalam persatuan. Tanpa aku sedar, kekuatan aku mula terbina 4 October 2015.

Aku mendengar kisahnya. Dan aku ingin kuat sepertimana dia menghadapi saat² kehilangan kakak dan ibunya yang tersayang.

Dia sangat baik dimataku
Dia sangat tegas dihadapanku
Terkadang aku suka dimarah kerana dia akan marah sepuasnya kemudian memberi kata nasihat padaku..
___________________________________________
Dan itu yang buat aku ingin mengenalinya lebih.
Aku keliru..
Aku menyayangi kedua dua ini. Atas kerana mereka seperti abangku.

Ya..aku tahu yang mereka hanya melayan aku sebagai junior. Senior akaun menyatakan sesuatu yang aku tahu dia menganggapku sebagai kawan baiknya.

Sehinggalah aku mengharapkan senior degree itu yang akan menjadi sebahagian jiwa aku.
Aku bagaikan orang gila..menanti sesuatu yang bukan milik kita.
Menulis menconteng melakar cinta aku di almari besi milikku sewaktu di kampus. Geram sedih gembira semua diluahkan disitu dan kemudian dihapuskan.

Sehingga aku sanggup beranikan diri menjemput dirinya untuk menjadi penceramah program yang aku kendalikan.
Semata ingin mendekatinya semula..
3August 2016
____________________________________________
19 Mac 2018
Pabila aku mendapat tahu yang dia sudah bertunang, aku mengharapkan ianya tipu.
Sehingga aku mengharapkan dia tidak akan meneruskan perhubungannya.

Sehinggalah aku cuba menerima hakikat untuk tidak berharap padanya selepas seseorang datang dan menyatakan hasratnya 20 Jun 2018..
Proses agak lama untuk aku menerimanya dan aku hampir yakin aku boleh membuangnya jauh.
----------------------------------------------------------------
Namun
Sehingga kini selepas walimahnya aku cuba melarikan minda aku dari dia dan cuba mencari sesuatu yang boleh membuatkan aku benci pada dia. Mungkin itu sahaja yang boleh membuatkan aku membunuh perasaan ini dan kembali seperti sedia kala..iaitu tidak lagi membuka pintu hati sehingga insan yang tepat mengambil aku dengan cara halal dan diredhai Allah .

Terima kasih untuk dia yang sedang bahagia..
Naqib Abdullah


~~~~~~~~~~ain adawiyah khalily~~~~~~~~~

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi