Bila title bertukar kepada isteri

Selamat pengantin baru syida. Semoga perkahwinan yang dibina membawa diri dan keluarga baru ke jalan syurga Allah. Maaf... perancangan Allah kadang kala kita tak jangka. 

Sedih itu pasti. Kawan baik kahwin tetapi kita tak dapat pergi. Bukan tak dapat pergi. Perancangan kita, Allah tukar untuk keluarga suami. Boleh dikira dengan jari majlis kahwin kawan yg dapat aku hadiri. Tak macam Eirra. Dia hargai kawan-kawannya. Sedang aku, susah untuk membahagikan masa dengan kawan-kawan.

Itulah rasa seorang perempuan, wanita dan isteri. Berbelah bahagi apa yang mahu dilakukannya. Berontak dalam hati tak mampu mengeluarkan melalui kata. 

Kerana, apa-apapun utamakan suami. Bahagia dia kita pun akan rasa aman. Suami turut berkorban untuk kebahagiaan kita, jadinya kita juga perlu cari jalan untuk balas pengorbanannya.

Sesiapa yang belum berkahwin, hargai masa-masa awak sebaiknya. Masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Bila dah kahwin nanti, sukar untuk kita ada masa fengan bff bila kita sudah berpindah mengikut suami.

Sebula tak jumpa mama. Alhamdulillah tadi sempat jumpa walaupun tak sampai 5 minit. Rindu. Mungkin susah para suami nak faham tahap rindu isteri dengan ibunya. Anak sulung yang banyak berkongsi dengan ibunya. Rasa seronok yang tak terhingga bila dapat singgah rumah walaupun sekejap. Lama sangat tak dapat jejak rumah mama.. 

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi