Best ke berkahwin ni??

"Bestnya kahwin"
"Bila lah jodoh aku sampai? Bila la boleh kahwin ni"
"Sedihlah..Umur dah 26 tapi still tak kahwin lagi"

Selalunya ayat-ayat ini akan keluar dari mulut insan² yang masih single. Teringin nak ada pasangan, nak ada keluarga sendiri, nak berkasih sayang antara satu sama lain. Ianya lumrah. Mustahil dalam hati seseorang itu tiada perasaan ini.

Ada 2 jenis orang yang respon dengan perasaan ini.
1) Teringin nak kahwin sehingga topik kahwin ini sering menjadi perbualan dengan rakan-rakan.Sampai yang ada mengenang nasib. Kawan-kawan dah kahwin sedangkan dia, jodoh pun still tak nampak kelibat.

2)Ada keinginan nak berkahwin. Cuma tak menampakkan sangat. Kesibukan dengan tugasan kerja lebih penting dari mengenang jodoh yang tidak sampai.

Sebenarnya, jodoh datang dengan pelbagai bentuk. Hah??apa pula bentuk itu? Jodoh datang apabila
1) Kita sendiri yang mencarinya. Couple sana sini.
2) Kawan disekeliling kita
3) Kita serahkan pada keluarga yang mencari.
4) Cari jodoh di laman portal seperti https://baituljannah.com/ contohnya.
5) Paling malas sekali, tunggu je sampai ada orang yang kita tak kenal masuk meminang kita. Lantak pi lah lelaki meminang perempuan ke @ perempuan meminang lelaki.

Bila kita dah mula melangkah kehidupan berumahtangga, kadangkala apa yang kita nampak sama ada dalam tv@realiti sekeliling itu, tak akan berlaku dalam rumahtangga kita. Bahagia, keseronokan, saling faham memahami, bantu membantu itu sebenarnya tak ada. Ianya akan ada apabila diri kita sendiri yang berkomunikasi dengan pasangan. Nak harapkan pasangan memahami do&don't kita? Jangan berangan lah. ðŸ˜Œ

Ingat. Bila jadi seorang pasangan, ambil tahu apa yang dia suka&dia tak suka. Bola nak ambil tahu? Nah....malam pertama tu. Jadikan ia sebahagian topik perbualan. Jangan mikir malam pertama jer wajib itu ini.😡Benda itu malam bila-bila boleh. Jadikan menjaga batin yang pertama ialah perasaan.

Kerana apa? Perkahwinan bukan setakat nak ada orang tidur kat sebelah, tolong masakkan, saling berseronok. Perkahwinan ialah satu ikatan yang suci diantara dua jantina kerana Allah. Dan ianya membawa kepada ketenangan dan penerimaan. Makanya, lepas aje akad nikah, malam itu banyakkan perbualan dan berdoa moga kita tidak saling menyakiti perasaan masing-masing dalam diam.

Kita manusia. Sakit hati, kecewa, pendam itu akan ada dalam rumahtangga. Oleh kerana itu, ambil tahu apa yang pasangan kita suka dan apa yang pasangan kita tak suka. Atleast bila kita dah tahu, tapi kita terbuat, kita cepat² mohon maaf dan ubati kekecewaan dia. Tak adalah buat tak tahu je. Tak kira awak itu suami mahu pun isteri. Ego letak tepi. Ingat pengorbanan pasangan masing-masing.

Khusus untuk suami,
Isteri telah meninggalkan keluarganya untuk berbakti dan bersama denganmu.
Dia dijaga baik oleh ibu ayahnya.
Adapun kerja rumah tidaklah sepenuhnya dia melakukan. Kerana tugas kerja rumah biasanya mereka bekerjasama dengan adik beradik mereka.
Jika dia dalam kesedihan, ada ibu bapa yang memangku kesedihannya.
Jika dia memerlukan pertolongan, ada adik beradik yang membantunya.
Jika dia dalam keseronokan, ada keluarga yang meraikannya.
Oleh itu,
Para suami, sambunglah apa yang keluarganya telah lakukan padanya.
Janganlah engkau menghilangkan apa yang dia rasa selama ini.
Kerana seorang isteri tak meminta wang yang banyak.
Kerana seorang isteri tak meminta dilayan seperti tuan puteri raja.

Mereka hanya meminta diri mereka dihargai dan diperlakukan seperti apa yang keluarga mereka telah menjaga mereka.
Sejak kecil sehinggalah kau melafazkan "aku terima nikahnya..."



Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi