Perasaan seseorang yang berharap

 Kekuatan itu perlu dibina 

dalam kita cuba melepaskan tangisan

bebanan rasa

terkurung perasaan

akan hilang

tatkala ianya keluar.


Ianya tidak berdosa

karna kata tak mampu diungkap

rasa hati.


Gembira juga ada tangisnya

kecewa juga ada tangisnya

takut juga ada tangisnya

apatah lagi

sedih dan harapan

pasti berganda tangisnya.


Harapan itu jahat

kadangkala ia membawa diri

sehingga rasa tiada diri


Pujuk hati

walau dah lali

dengan keadaan ini

karna ianya bukan rezeki

untuk sekarang ini.


Namun

mengapakah kau masih mengalirkan

sedang kau sudah kebiasaan

laluinya sendiri?


Bangkit

gembira untuk orang lain

sorok tangisan itu

kerana kau lebih kuat dari mereka,


Karna kau juga

tidak tahu apa yang Allah akan sediakan

atas kesabaranmu

atas keyakinanmu.

_____________________________________________________________________________

me ~FUTURE MOM FOR MY LITTLE ADAWIYAH AND NAQIB 👶👶

Tahniah sahabat. Semoga sahabat saya sentiasa didalam lindungan Allah. Rezeki 👶 kamu awal. Alhamdulillah. Saya tumpang bahagia. 

kita sahabat sampai bila-bila💕




Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi