Hati seorang isteri

 Hati seorang isteri.

Hanya ingin dibimbing, dibelai, disayangi. Kadang-kadang para suami kena ambil tahu tentang hati dan jiwa isteri.

Berkecamuk?

Marah?

Sedih?

Kecewa?

Kerana secara zahir nampak mereka tersenyum, gelak ketawa, menari, menyanyi dengan rasa bahagia dan masak bermacam jenis lauk-pauk.

Kita rasa :

"ohh isteri aku tengah seronok ni",

"Malam ni minta mesti dapat"

"Tak apa. Dia boleh buat semua"


Hati-hati dengan rasa kamu wahai para suami. Isteri kuat menipu. Menipu apa?

Menipu perasaannya yang kecewa, hatinya hancur,menyeka air matanya dalam diam malah ada yang menipu dengan tunjukkan rasa seronok berkeluarga di media massa.

Kerana mereka tak mampu nak adakan rasa bahagia itu, mereka cipta rasa bahagia dengan dunia sendiri. Mereka kejam dengan perasaan diri mereka sendiri. Mereka abaikan perasaan mereka sendiri semata-mata ingin menjaga perasaan orang yang mereka sayangi. Siapa? Suami dan anak-anak.

Ingat. Kadangkala sakit mereka sebenarnya orang sekeliling yang ciptakannya. Emosi dan perasaan mereka sakit lebih teruk dari sakit yang boleh dilihat.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi