Posts

Showing posts from April, 2020

Rasa hilang bebanan

Image
Ada orang hilang bebanan dengan bercerita Ada orang hilang bebanan dengan makan Ada orang hilang bebanan dengan tidur Macam-macam jenis dan cara untuk hilangkan bebanan perasaan. Sebenarnya mudah,  Nak bantu seseorang dalam menghilangkan bebanan ialah : 1) Dengar keseluruhan ceritanya Jangan disampuk rasa geram hati kau bila dengar dia bercerita. Bagi dia ruang. Nak nangis ke, nak jerit ke bagi.. Jangan kau sailang waktu dia hendak meluahkannya. 2) Beri kata² sokongan Bila dia dah habis bercerita, beri dia kata² sokongan. Jangan kau terus sembur marah dia jika dia bercerita untuk lakukan sesuatu yang diluar jangkaan. 3) Bagi cadangan Beri dia nafas. Cadangkan sesuatu yang boleh dia lakukan untuk hilangkan rasa terbeban dia. Jangan kau marah dia atau kau marah orang yang salah dalam cerita dia tu.      "Kenapa nak ikut sangat cakap dia?! Dia tu tak faham bahasa ke?!"      "Jangan jadi bebal. Buat ikut hati tak ikut akal !"

Berkecamukkah perasaan itu?

Image
Allah menguji seseorang dengan sesuatu keadaan yang kita tak pernah tahu kesudahannya. Waktu PKP ini, sebetulnya perlu menjaga perasaan masing-masing. Tak hilang lagi perasaan sedih berjauhan dengan suami. Dapat berita perlu extend plan untuk mengandung. Tiba-tiba dapat panggilan dari seseorang. Panggilan yang amat sakit untuk didengari. "ZALIM DENGAN SUAMI!" "PENTINGKAN IBU DARI SUAMI!" "TAK PUAS DUDUK DENGAN IBU KE?" "TAK RETI JAGA MAKAN MINUM SAKIT SUAMI" "GEMUK. MACAMANA NAK MENGANDUNG!" "DULU NAK SANGAT ANAK AKU! Bukan diri ini hendak jauh dengan suami sendiri. Tapi disebabkan PKP. Bukan diri ini pentingkan ibu sendiri lebih dari suami. Saya sudah minta izin 2 bulan awal untuk balik sekejap semasa cuti sekolah. Minta kebenaran. Bukan saya memaksa SUAMI! Beza tu. Bukan saya tak ambil berat makan minum sakit dia. Sebelum ini, saya jaga semua itu. Kamu tak nampak apa yang saya buat. Bukan saya tak puas duduk de

Jaga tutur katamu

Image
 Rezeki Allah itu kita tidak pernah tahu. Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat. Rezeki itu akan hadir ketika waktunya telah sampai. Jadi manusia, jaga lidahmu. Cuba untuk tidak luahkan perasaanmu dengan dek amarah kepada seseorang. Kerana kau tidak tahu, semasa kau sedang melemparkan amarahmu ketika itu, dia sedang mengalami fasa yang amat berat bagi dia. Jadi manusia, jangan sentiasa nampak salah orang. Jangan sentiasa menangkan hatimu dengan menghukum orang tanpa kau tahu setebal apa kekuatan seseorang itu. Kerana kau tidak tahu betapa sukarnya dia ingin menebalkan kekuatan perasaannya yang makin rapuh dengan kata-kata kau. Jadi manusia, jangan menangkan ahli keluargamu selalu tanpa kau selidik hal yang sebenar. Kerana kau tidak tahu seburuk apa yang akan berlaku jika hati dia sudah mula tidak bersinar lagi untuk kau. Jadi manusia jangan selalu nak berasa puas hati. Kerana jika kau terlalu berpuas hati, tanpa kau sedari yang sebenarnya kau dah lukakan hati orang