Berkecamukkah perasaan itu?

Allah menguji seseorang dengan sesuatu keadaan yang kita tak pernah tahu kesudahannya. Waktu PKP ini, sebetulnya perlu menjaga perasaan masing-masing.

Tak hilang lagi perasaan sedih berjauhan dengan suami. Dapat berita perlu extend plan untuk mengandung. Tiba-tiba dapat panggilan dari seseorang. Panggilan yang amat sakit untuk didengari.

"ZALIM DENGAN SUAMI!"
"PENTINGKAN IBU DARI SUAMI!"
"TAK PUAS DUDUK DENGAN IBU KE?"
"TAK RETI JAGA MAKAN MINUM SAKIT SUAMI"
"GEMUK. MACAMANA NAK MENGANDUNG!"
"DULU NAK SANGAT ANAK AKU!

Bukan diri ini hendak jauh dengan suami sendiri. Tapi disebabkan PKP.

Bukan diri ini pentingkan ibu sendiri lebih dari suami. Saya sudah minta izin 2 bulan awal untuk balik sekejap semasa cuti sekolah. Minta kebenaran. Bukan saya memaksa SUAMI! Beza tu.

Bukan saya tak ambil berat makan minum sakit dia. Sebelum ini, saya jaga semua itu. Kamu tak nampak apa yang saya buat.

Bukan saya tak puas duduk dengan mak sendiri. Tapi saya anak sulung. Susah senang sedih gembira saya dengan ibu saya sendiri. Kalau ibu sendiri berkata dia rindukan anak dia. Takkan saya buat tak kisah??

Gemuk? Saya makan tak banyak. Gemuk ada banyak faktor. Salah satunya stress. Jadi saya gemuk sebab apa? Gemuk sebab selalu tertekan perasaan dan makan hati dengan ayat kamu !

Tak boleh mengandung.? Yer saya bukan macam kamu. Kahwin je terus lekat. Kamu tahu ke proses nak ada anak tu bukan macam order dekat LAZADA. Bukannya kalau setiap hari lakukan hubungan itu terus mengandung! Kamu tahu ke berapa kali saya lakukan dalam sebulan? Semua itu rezeki.

Saya terima dia tanpa lihat apa yang dia ada. Saya terima dia walhal ada orang yang menunggu saya. Dan saya juga menunggu seseorang itu. Tapi jodoh itu bukanlah dia. Ingat senang ke nak terima seseorang yang baru dan bukan dari pilihan kita diawalnya. Pertemuan 2 bulan terus tunang. Kerana apa?kerana saya cuba yakin dia adalah anugerah dari Allah untuk saya bina mahligai keluarga islam.

Sejujurnya rasa makan hati itu terlalu mendalam. Tolonglah. Kalau kamu fobia disebabkan masa lalu kamu, JANGAN SESEKALI MELIBATKAN KEHIDUPAN ORANG LAIN. Dia tahu apa yang dia lakukan. Nak menasihati itu boleh. Tetapi jangan sampai menghina dan menyakiti perasaan dengan lemparan kata-kata kamu.

Satu saat bila dia sudah berpaling, tiada apa lagi yang dia nak ambil tahu dan mungkin kemaafan itu sukar untuk diberi.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi