Jaga tutur katamu




 Rezeki Allah itu kita tidak pernah tahu.
Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat.
Rezeki itu akan hadir ketika waktunya telah sampai.

Jadi manusia, jaga lidahmu. Cuba untuk tidak luahkan perasaanmu dengan dek amarah kepada seseorang. Kerana kau tidak tahu, semasa kau sedang melemparkan amarahmu ketika itu, dia sedang mengalami fasa yang amat berat bagi dia.

Jadi manusia, jangan sentiasa nampak salah orang. Jangan sentiasa menangkan hatimu dengan menghukum orang tanpa kau tahu setebal apa kekuatan seseorang itu. Kerana kau tidak tahu betapa sukarnya dia ingin menebalkan kekuatan perasaannya yang makin rapuh dengan kata-kata kau.

Jadi manusia, jangan menangkan ahli keluargamu selalu tanpa kau selidik hal yang sebenar. Kerana kau tidak tahu seburuk apa yang akan berlaku jika hati dia sudah mula tidak bersinar lagi untuk kau.

Jadi manusia jangan selalu nak berasa puas hati. Kerana jika kau terlalu berpuas hati, tanpa kau sedari yang sebenarnya kau dah lukakan hati orang lain.

Ingat !
Manusia itu bukannya kayu.
Dalam badan itu bukannya batu.
Dan kau tidak pernah menyedari
Kata-kata dan perasaan bagus diri kamu itu
Bakal mengundang keranda untuk seseorang itu.

Kau kena tahu..
Depression atau stress
Itu bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi