Rasa hilang bebanan


Ada orang hilang bebanan dengan bercerita
Ada orang hilang bebanan dengan makan
Ada orang hilang bebanan dengan tidur
Macam-macam jenis dan cara untuk hilangkan bebanan perasaan.

Sebenarnya mudah, 
Nak bantu seseorang dalam menghilangkan bebanan ialah :

1) Dengar keseluruhan ceritanya
Jangan disampuk rasa geram hati kau bila dengar dia bercerita. Bagi dia ruang. Nak nangis ke, nak jerit ke bagi.. Jangan kau sailang waktu dia hendak meluahkannya.

2) Beri kata² sokongan
Bila dia dah habis bercerita, beri dia kata² sokongan. Jangan kau terus sembur marah dia jika dia bercerita untuk lakukan sesuatu yang diluar jangkaan.

3) Bagi cadangan
Beri dia nafas. Cadangkan sesuatu yang boleh dia lakukan untuk hilangkan rasa terbeban dia. Jangan kau marah dia atau kau marah orang yang salah dalam cerita dia tu.

     "Kenapa nak ikut sangat cakap dia?! Dia tu tak faham bahasa ke?!"
     "Jangan jadi bebal. Buat ikut hati tak ikut akal !"

Wey..orang tu tengah rapuh hati dia. Sikit hari bulan, kata-kata kau tu buat hati dia hancur. Dia harapkan kau dengar sahaja. Jangan menghentam dia balik. ðŸ˜¡

4) Jaga suara dan emosi kau 
Ni yang penting. Bila kau dah dengar cerita dia, dalam memberi pandangan, kawal suara. Kawal emosi kau. Jangan kau panas, suara kau tinggi mengalahkan bom. Emosi kau tu macam kau je yang pegang beban dia. 

____________________________________________

Sebab itu, bila orang dalam keadaan stress atau kemurungan, bantu dia. Jangan biarkan dia seorang. Jangan biarkan dia seka air matanya sendiri. Kau cuba bagi cadangan atau tunjuk ajar cara untuk tidak terlalu overthinking dan overact. 

Ya..tahu. 
Kau marah sebab kau sayang dia.
Tapi kau kena ingat.
Dia tengah down. 
Silap hari bulan dia flip 💔🔪 nyawa dia.
Kau nak salahkan siapa??
Fikirkan sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi