Posts

Showing posts from 2021

Hati seorang isteri

  Hati seorang isteri. Hanya ingin dibimbing, dibelai, disayangi. Kadang-kadang para suami kena ambil tahu tentang hati dan jiwa isteri. Berkecamuk? Marah? Sedih? Kecewa? Kerana secara zahir nampak mereka tersenyum, gelak ketawa, menari, menyanyi dengan rasa bahagia dan masak bermacam jenis lauk-pauk. Kita rasa : "ohh isteri aku tengah seronok ni", "Malam ni minta mesti dapat" "Tak apa. Dia boleh buat semua" Hati-hati dengan rasa kamu wahai para suami. Isteri kuat menipu. Menipu apa? Menipu perasaannya yang kecewa, hatinya hancur,menyeka air matanya dalam diam malah ada yang menipu dengan tunjukkan rasa seronok berkeluarga di media massa. Kerana mereka tak mampu nak adakan rasa bahagia itu, mereka cipta rasa bahagia dengan dunia sendiri. Mereka kejam dengan perasaan diri mereka sendiri. Mereka abaikan perasaan mereka sendiri semata-mata ingin menjaga perasaan orang yang mereka sayangi. Siapa? Suami dan anak-anak. Ingat. Kadangkala sakit mereka sebenarnya o

Kosong

 Jangan salahkan takdir Jika kau merindui masa lalu

KALAU...

K A L A U Perkataan yang boleh mengundang bisikan syaitan, Perkataan yang boleh menyalahkan takdir yang telah berlaku, Perkataan yang boleh menghilangkan rasa syukur, Perkataan yang boleh membuat rindu itu tidak dapat diubati Dan semestinya, Kalau aku tidak menerimanya dahulu. Adakah aku diterima oleh Dia yang aku tunggu sekian waktu. Dia menghormati aku  Tetapi caranya membuat aku bingung Adakah dia suka atau Sekadar anggapan kawan atau teman. Sukar untuk hilang Jika ia sudah lama berakar dalam hati. Penat untuk menanti Jika ia sudah hilang dari pandangan diri ini. Jenuh untuk rindu Jika dia menutup semua dari aku. Sakit untuk terus menipu Jika dia terus berada di dalam kalbu. Siapa yang kejam? Aku atau dia? Semestinya aku. Kerana, Aku membiarkan dia bersemadi dalam hati Sehingga terasa aku ada dia. Meski dia tiada aku.

Perasaan seseorang yang berharap

Image
  Kekuatan itu perlu dibina  dalam kita cuba melepaskan tangisan bebanan rasa terkurung perasaan akan hilang tatkala ianya keluar. Ianya tidak berdosa karna kata tak mampu diungkap rasa hati. Gembira juga ada tangisnya kecewa juga ada tangisnya takut juga ada tangisnya apatah lagi sedih dan harapan pasti berganda tangisnya. Harapan itu jahat kadangkala ia membawa diri sehingga rasa tiada diri Pujuk hati walau dah lali dengan keadaan ini karna ianya bukan rezeki untuk sekarang ini. Namun mengapakah kau masih mengalirkan sedang kau sudah kebiasaan laluinya sendiri? Bangkit gembira untuk orang lain sorok tangisan itu kerana kau lebih kuat dari mereka, Karna kau juga tidak tahu apa yang Allah akan sediakan atas kesabaranmu atas keyakinanmu. _______________ ___ ___________________________________________________________ me ~ FUTURE MOM FOR MY LITTLE ADAWIYAH AND NAQIB   👶 👶 Tahniah sahabat. Semoga sahabat saya sentiasa didalam lindungan Allah. Rezeki  👶  kamu awal. Alhamdulillah. Saya tu