Posts

Adakah kau begitu juga ASR

 Sehingga sekarang Masih termimpi akan dia Apa yang sebenarnya belum Selesai antara kami? Segala sudut memori Tak pernah terpadam satu pun Bagaimana aku bertemu dengannya sewaktu pmds. Berhubung kali pertama panggilan kerana dia belum sampai ditempat program disebabkan demam. Bagaimana pertama kali dengar azan maghrib yang dilaungnya semasa bulan ramadhan yang memang aku cari suaranya selama ini. Bagaimana perbualan semasa dinner faci mds. Bagaimana aku dengan rajinnya panjat bangunan HEA semata nak pergi Acis. Dan mengharapkan bertemu walaupun secara tak sengaja. Bagaimana aku terima selendang darinya. Kek coklat darinya dan aku buat ayam masak merah tambah kacang peas.  Bagaimana rasa bahagia bila dia tiba² join program melawat rumah orang tua. Bahagia tiba² dia ada semasa pindah masuk uitm Raub. Bagaimana rasa seronok bila balik kelas dia dengan motornya dan aku berjalan kaki atau menolak basikal pinjaman kolej. Bagaimana rasa seronok bila dia join mds lagi semasa semester akhirnya

Day 13 of 366 days

 Penat dan tak mampu lagi nak bertahan Tapi harus apa yang dilakukan? Jika menamatkan riwayat itu boleh Pasti ianya pilihan pertama 

Ada apa dengan mimpi

 Ada sesuatu yang masih belum selesai  Antara saya dan kamu? 4 tahun sudah berlalu, namum kamu masih juga Menyinggah dalam mimpiku. Kadangkala memberitahu keadaanmu Kadangkala memberitahu kejayaanmu Kadangkala memberi gambaran jodohmu Kadangkala memberitahu siapa yang kamu akan kahwini Sedih perasaan bila tersedar dari mimpi. Seksa terkadang terasa diri ini yang kejam. 

NEW ME

Image
Hampir sebulan melawan rasa sakit dalam diri sendirian. Rasa dihiris hati Terbeban akal Tiada nafas yang mampu dihembuskan Tiada jiwa yang semangat hidup Raut wajah tersenyum Kadang mendung walau Bibir berbicara Sering mendengar keluhan sendiri di akal Sering mendengar ketidakpuasan diri sendiri di dalam hati Sering mengkritik diri sendiri tanpa niat. Kini.. Tidak lagi seceria seperti Elsa dan Olaf 8 tahun dahulu Harap diri ini terus kuat

Siram kebencian

Ya Allah, Bahagiakan kehidupan orang yang selalu menggunakan ku untuk kepuasan dirinya. Ubatilah hati ini dari kesakitan yang dia lakukan Selalu kuminta untuk dia lupakan aku Agar aku tidak lagi dipergunakan Tetapi sudut hati Enggan untuk ianya terjadi Kali kedua terjadi Sehingga aku tidak lagi rasa Dia kawan baikku

Ikhlas tetapi...

Jika aku benar-benar penting bagi kamu Mengapa kamu membuat saya selalu Mengemis kebahagiaan dari kamu? Saya tidak pernah menyerah sehingga saat ini. Saya lelah kerana terus menyakiti perasaan sendiri. Untuk terus meyakinkan diri kamu agar saya tak berjuang sendirian. Sukar membuka hati Tetapi apabila sudah terbuka Berlaku sebaliknya. Perbuatan seakan-akan saya diterima. Tetapi semakin lama ianya semakin menampakkan  Saya hanya bertepuk sebelah tangan.😔

Tetap mimpi kamu

 Masih lagi dia muncul dalam mimpiku Kenapa? Sakit rasanya untuk terima mimpi itu. Jiwa saya sedih. Sedih dengan apa yang saya dah alami sekarang. Kenapa terus menghukum saya begini? 3 tahun tak bermakna saya dah buang kamu dalam diri saya. Sedang kamu? Terus buang saya dan menghantui jiwa saya. Membuatkan saya tak redha dengan takdir yang Allah dah tetapkan untuk saya dan kamu. Sekiranya mimpi itu benar, saya doakan dia dan kamu bahagia sehingga hujung hayat. Sekiranya kamu masih lagi belum memaafkan saya, saya memohon seribu kemaafan lagi sekiranya hati awak yang terluka itu masih belum pulih. Saya hidup dah tak lama.  Jiwa saya dah musnah. Hati saya dah hancur. Semua kerana awak. Terima kasih atas segala perhatian sepanjang perkenalan kita.  olaf ASR

Hati seorang isteri

  Hati seorang isteri. Hanya ingin dibimbing, dibelai, disayangi. Kadang-kadang para suami kena ambil tahu tentang hati dan jiwa isteri. Berkecamuk? Marah? Sedih? Kecewa? Kerana secara zahir nampak mereka tersenyum, gelak ketawa, menari, menyanyi dengan rasa bahagia dan masak bermacam jenis lauk-pauk. Kita rasa : "ohh isteri aku tengah seronok ni", "Malam ni minta mesti dapat" "Tak apa. Dia boleh buat semua" Hati-hati dengan rasa kamu wahai para suami. Isteri kuat menipu. Menipu apa? Menipu perasaannya yang kecewa, hatinya hancur,menyeka air matanya dalam diam malah ada yang menipu dengan tunjukkan rasa seronok berkeluarga di media massa. Kerana mereka tak mampu nak adakan rasa bahagia itu, mereka cipta rasa bahagia dengan dunia sendiri. Mereka kejam dengan perasaan diri mereka sendiri. Mereka abaikan perasaan mereka sendiri semata-mata ingin menjaga perasaan orang yang mereka sayangi. Siapa? Suami dan anak-anak. Ingat. Kadangkala sakit mereka sebenarnya o

Kosong

 Jangan salahkan takdir Jika kau merindui masa lalu

KALAU...

K A L A U Perkataan yang boleh mengundang bisikan syaitan, Perkataan yang boleh menyalahkan takdir yang telah berlaku, Perkataan yang boleh menghilangkan rasa syukur, Perkataan yang boleh membuat rindu itu tidak dapat diubati Dan semestinya, Kalau aku tidak menerimanya dahulu. Adakah aku diterima oleh Dia yang aku tunggu sekian waktu. Dia menghormati aku  Tetapi caranya membuat aku bingung Adakah dia suka atau Sekadar anggapan kawan atau teman. Sukar untuk hilang Jika ia sudah lama berakar dalam hati. Penat untuk menanti Jika ia sudah hilang dari pandangan diri ini. Jenuh untuk rindu Jika dia menutup semua dari aku. Sakit untuk terus menipu Jika dia terus berada di dalam kalbu. Siapa yang kejam? Aku atau dia? Semestinya aku. Kerana, Aku membiarkan dia bersemadi dalam hati Sehingga terasa aku ada dia. Meski dia tiada aku.