Posts

Showing posts from June, 2019

Janggal

Image
Fasa sukar  seorang apabila menjadi isteri. Hendak menyusun masa bersama keluarga isteri dan keluarga suami.Kadang kala perasaannya diketepikan kerana takut suami susah hati. Bukan senang untuk dia bergaul mesra bersama mertua sebagaimana dia bermesra dengan keluarganya. Tambah pula dengan ibu mertua. Mertua kadangkala seperti lalang. Ada masa elok anginnya dan ada masa ribut kencang sang isteri yang terasa seperti orang luar. Perasaan apabila dilayan seperti orang luar itu sakit. Tak tahu apa penyebab mereka melayan menantu seperti itu. Menantu cuba menegur tetapi mertua jawab seperti tidak mahu jawab. Malah pandang pun seolah tidak mahu. Tak adillah diperlakukan seperti itu. Dia baru hendak bermesra dengan ibu mertua yang dia tak pernah kenal. Sabarlah. Jika kau boleh bertahan teruslah bertegur walaupun ibu mertua kamu tetap tidak mengendahkan kamu. Tetapi jika kau tak mampu menahan air mata, biarkan sahaja ibu mertuamu memulakan penceritaan dia dahulu dan kemudian baru k

Makan hati?

Lisan perlu dijaga.  Begitu juga  tingkah laku  Jika tidak dijaga, bakal mengundang kecewa dihati orang lain.. Kadang kita terasa kita diabaikan walhal sebenarnya tak semua keinginan kita dapat dipenuhi oleh manusia. Petik jari..klikk dapat. Tepuk ✋ pap papp, dapat. Toleransi perlu ada dalam diri. Kasih sayang perlu wujud semasa membuat sesuatu keputusan dan keadilan perlu ada semasa kita sedang memperkatakan sesuatu yang kita sendiri tidak pasti.. Tak semua orang senang. Tak semua orang melalui kisah pahit seperti kita kerana mereka ada kisah pahit yang tersendiri. Jangan terlalu cepat menghukum itu dan ini. Tambah lagi kalau orang itu ahli keluarga kita sendiri. Semoga Allah memberi teguran keatasnya dan memberi kesabaran kepada diri kita untuk menghadapi segala yang dituju kepada kita.

Perasaan yang sangat kecewa

Image
Bila masuk part ini, ada segelintir tidak ambil peduli langsung. Walhal dia tahu apa yang dirasai oleh seseorang bila dia buat sesuatu yang seseorang itu tidak suka. Itulah manusia. Bab menjaga perasaan sering diambil mudah terutamanya suami isteri. Apa yang suami suka dan tak suka yang patut isteri ambil tahu. Begitu juga di pihak suami. Apa yang isteri suka dan tidak suka suami lakukan padanya. Ya...tahu.. Memang perkara itu nampak kecil, tetapi sekiranya ia tidak menyenangkan seseorang, adakah wajar dia diperlakukan seperti itu? Tidak adil. Seperti contoh, si isteri tak suka suaminya merokok. Si suami usaha untuk berhenti merokok. Ya memang susah untuk berhenti. Janganlah mengatakan hendak berhenti tetapi bila dengannya kau merokok dalam diam. Sakit perasaannya bila tindakan kau itu terbongkar. Sudah pula kau tidak memohon maaf pun atas kesilapan yang kau lakukan. Jadi..salah ke kalau isteri kau secara tiba-tiba hilang mood?Kau pula nak memarahinya sebab dia tiada mood. Dah sia

Tarikh asal post : 8 Februari 2017 " MY HERO "

Image
Kerana memori Sebuah kerinduan bisa hancur Jan 23, 2017 12.20pm Satu panggilan dari seseorang yang tidak dikenali muncul di skrin talefonku Tertera nama "abah" tetapi suara org lain "Hello assalamualaikum. Ini waris En Anuar ke?" "Yer saya anak En Anuar. Kenapa ya?" "Oh anak. Saya ingat kakaknya kerana En Anuar save no cik "kakak". Saya nak beritahu ini. Ayah cik terlibat dalam kemalangan di petronas Batu Caves. Boleh cik datang dgn segera?," "Allah..hmm..saya tiada kenderaan nanti saya hubungi en. Boleh saya minta nombor encik?" _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ Abah dimasukkan ke zon merah di Hospital Selayang. Kritikal. Doktor mengesahkan sudah 3 kali denyutan jantung abah berhenti. Kali terakhir ain berjumpa dengan abah 3 bulan lepas. Itu pun dalam situasi yang paling meninggalkan kesan yg mendalam sakitnya. Kini aku h

Dia suamiku

Image
          πŸ’•πŸ’• Ψ¨Ψ³Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­ΩŠΩ…πŸ’•πŸ’•     πŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–Š                               Melangkah perlahan masa                                      Rindu semakin membara                                Terasa begitu lama                                      Untuk kembali bersamanya                                      Pabila malam menjelma                                     Terasa sunyi menyelebungi jiwa                              Baju menemani sentiasa                                    Tetapi tiada suami tercinta                              Tanpa perkenalan terjadi ia                                    Tanpa menunggu insan yang tak kunjung  tiba                             Memang janggal pabila pada mulanya                                    Tetapi akhirnya dialah yang bertakhta     πŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–ŠπŸ–Š Setiap perhubungan memerlukan komunikasi yang baik. Suami ibarat pensil dan isteri ibarat kertas. Kasar penulisan m

PRINCE OLAF before HIM

Image
                             tarikh sebenar ditaip pada 30 November 2017 Dah berhabuk rupanya blog ain ni.. hmm..setahun dah berlalu tak sempat nak sentuh.. 2015.. Tahun yang penuh cerita sedih, gembira dan tenang.. dan paling besar sekali adalah serabut... Alhamdulillah dalam keserabutan hidup ini.. Allah kurniakan seorang ibu yang cukup tenang.. aku pun tak sangka mama setabah ini menghadapi liku-liku hidupnya.. Kalau aku?? Sedangkan sahabat baik aku sendiri pun buat hal dah rasa 2 hari asyik nak nangis... Dan alhamdulillah.. Allah dah aturkan jodoh yang terbaik buat aku.. Ya..mungkin bukanlah dia yang sempurna.. Dia hadir tanpa disedari Yang pada asalnya hanya sebagai rakan sekerja Tapi bila lama kelamaan... Ia hadir satu persatu rasa itu.. Masa aku dituduh dengan manager ain Bukan sahabat baik itu yang ain cari Tapi yang Ain cari adalah dia..hahahaa....lawak rasanya..bermula dari itu,kami makin lama boleh sesuaikan diri..He called me Princess Elsa