Perasaan yang sangat kecewa

Bila masuk part ini, ada segelintir tidak ambil peduli langsung. Walhal dia tahu apa yang dirasai oleh seseorang bila dia buat sesuatu yang seseorang itu tidak suka. Itulah manusia.

Bab menjaga perasaan sering diambil mudah terutamanya suami isteri. Apa yang suami suka dan tak suka yang patut isteri ambil tahu. Begitu juga di pihak suami. Apa yang isteri suka dan tidak suka suami lakukan padanya. Ya...tahu.. Memang perkara itu nampak kecil, tetapi sekiranya ia tidak menyenangkan seseorang, adakah wajar dia diperlakukan seperti itu?
Tidak adil.

Seperti contoh, si isteri tak suka suaminya merokok. Si suami usaha untuk berhenti merokok. Ya memang susah untuk berhenti. Janganlah mengatakan hendak berhenti tetapi bila dengannya kau merokok dalam diam. Sakit perasaannya bila tindakan kau itu terbongkar. Sudah pula kau tidak memohon maaf pun atas kesilapan yang kau lakukan. Jadi..salah ke kalau isteri kau secara tiba-tiba hilang mood?Kau pula nak memarahinya sebab dia tiada mood. Dah siapa yang mulakan dulu??

Bagi perempuan, jangan tipu dibelakangnya. Tambahan lagi jika dia anak sulung. Sukar dia hendak menerima dan positif dalam sekelip mata.

Allah...moga Ain terus sabar dan sabar. Rasa nak menitik air mata tetapi memandangkan sekeliling berada di tempat ramai orang cuba untuk tahan.Nasib baik berpurdah jadi tak ketara sangat muka kecewa. Bilalah agaknya doa Ain dimakbulkan.


Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi