Janggal

Fasa sukar  seorang apabila menjadi isteri. Hendak menyusun masa bersama keluarga isteri dan keluarga suami.Kadang kala perasaannya diketepikan kerana takut suami susah hati.

Bukan senang untuk dia bergaul mesra bersama mertua sebagaimana dia bermesra dengan keluarganya. Tambah pula dengan ibu mertua. Mertua kadangkala seperti lalang. Ada masa elok anginnya dan ada masa ribut kencang sang isteri yang terasa seperti orang luar.

Perasaan apabila dilayan seperti orang luar itu sakit. Tak tahu apa penyebab mereka melayan menantu seperti itu. Menantu cuba menegur tetapi mertua jawab seperti tidak mahu jawab. Malah pandang pun seolah tidak mahu.

Tak adillah diperlakukan seperti itu. Dia baru hendak bermesra dengan ibu mertua yang dia tak pernah kenal. Sabarlah. Jika kau boleh bertahan teruslah bertegur walaupun ibu mertua kamu tetap tidak mengendahkan kamu. Tetapi jika kau tak mampu menahan air mata, biarkan sahaja ibu mertuamu memulakan penceritaan dia dahulu dan kemudian baru kau mula bermesra dengannya.

Jangan terlalu memaksa dirimu. Kerana hatimu lebih penting dari hatinya. Sebab apa? Jika kau terus makan hati, hati kau akan sakit dan bimbang kau juga akan tersakitkan hati suamimu. Itu ibu suamimu. Semestinya dia tak mahu melihat yang buruk tentang ibunya. 

Isteri boleh ditukar ganti tetapi ibu hanya satu dan tidak boleh ditukar ganti. Pegang satu sahaja. Jangan bersedih dan tetap bergembira dengan sanak saudara yang lain. 



Comments

Popular posts from this blog

Adakah kau begitu juga ASR

Ada apa dengan mimpi