Dia suamiku
💕💕 بسم الله الرحمن الرحيم💕💕
🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊
Melangkah perlahan masa
Rindu semakin membara
Terasa begitu lama
Untuk kembali bersamanya
Pabila malam menjelma
Terasa sunyi menyelebungi jiwa
Baju menemani sentiasa
Tetapi tiada suami tercinta
Tanpa perkenalan terjadi ia
Tanpa menunggu insan yang tak kunjung tiba
Memang janggal pabila pada mulanya
Tetapi akhirnya dialah yang bertakhta
🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊🖊
Setiap perhubungan memerlukan komunikasi yang baik. Suami ibarat pensil dan isteri ibarat kertas. Kasar penulisan maka tercariklah kertas. Lembut penulisan maka hasil yang dilakarkan indah.
Agak sukar apabila seseorang yang sudah biasa bergerak sana sini dalam persatuan, bekerja tak kira masa atau travel sana sini hendak berhenti secara drastik. Apatah lagi memperlahankan dirinya. Kerana ia sudah sebati dalam jiwanya.
Dan Ain diuji dengan perkara itu. Allah...begitu sukar. Nak menjaga perasaan suami, mama, mak mertua, opah, sepupu dan lain-lain.
2019 penuh dengan tanggungjawab baru. Dapat taklifan kawasan, cawangan sehingga 2021 amat merungsingkan diri.
Sedih sebenarnya berjauhan dengan suami. Dia makan macam mana, sihat ke, penat ke.. Walaupun dia dah biasa tetapi rasa diri sebagai isteri rasa berat sangat suami keseorangan disana.
Dia pujuk untuk berhenti dan tinggal disana. Perasaan itu mahu tetapi bila difikirkan kembali.. Macam mana dengan adik yang tiap hari ada tuisyen. Angah dan Nurul pun belum dapat lesen. Macam mana nak lepaskan dengan hati yang tenang kalau mama kena fikirkan seorang.
Belum lagi part balik raya. Macam mana mereka nak balik kampung? Kena tunggu Ain balik dahulu. 😭😭
Kerja pula. Dengan diploma ni Ain pun tak tahu nak kerja apa. 24hour housewife? Memang tidaklah.
Alhamdulillah..Dapat suami yang sangat sabar dan memahami. Tapi sampai bila dia nak bersabar keseorangan disana sedang dia berhempas pulas menghalalkan Ain.
Ain tak pernah mengenalinya. Begitu juga dia. Kami tak pernah bercinta. Kenal 2 bulan terus bertunang. Hati sudah malas menunggu dia. Sekejap ada sekejap tiada. Takut untuk tunggu lagi.
Insan yang pertama Ain 11 tahun menunggu akhirnya dia berkahwin dengan orang lain. Insan yang ke-2 pun sama. 4 tahun menunggu akhirnya dia bertemu dengan orang lain. Dan insan yang ke-3... menggantung Ain tanpa sebarang kata yang meyakinkan. Selepas pada itu, Ain redha. Mana yang datang dengan berani dan seikhlas hati Ain terus terima. Penat dan serik menunggu lagi.
Terima kasih abang.. insyaallah saya jaga abang selagi nyawa saya bersama abang.
Muhammad Alif Bin Harun 💕 Intan Suzieana Aini Binti Anuar
Comments
Post a Comment