Posts

Showing posts from 2020

Olaf

Nak salahkan jodoh? Allah yang atur. Nak salahkan harapan? Dia hanya manusia. Nak salahkan rindu? Hati ini tidak sengaja mengimbas memori lama. Aku tak tahu sekiranya hatinya sakit dan sedih Kerana aku... Dan dia pun tak tahu yang dulu aku mengharapkan dia menjadi seseorang yang aku ingin berada dibelakang solatnya. Permulaan aku mengenali dia bukan jumpa berhadapan. Tetapi suara azannya yang aku dengari dahulu sejak tingkatan 5.

Mama

                     Rindu mama                    Rindu mama                    Rindu mama Walaupun dah berkahwin, tetap merindukan mama. Tetap merisaukan mama dari jauh. Kadang-kadang, disebabkan rindu itu Senyuman mula tawar Gembira kian menghilang Harapan mula pudar Bukan kerana tidak bahagia dengan suami Tetapi kerana rindu menggunung dengan Seorang ibu.

Best ke berkahwin ni??

"Bestnya kahwin" "Bila lah jodoh aku sampai? Bila la boleh kahwin ni" "Sedihlah..Umur dah 26 tapi still tak kahwin lagi" Selalunya ayat-ayat ini akan keluar dari mulut insan² yang masih single. Teringin nak ada pasangan, nak ada keluarga sendiri, nak berkasih sayang antara satu sama lain. Ianya lumrah. Mustahil dalam hati seseorang itu tiada perasaan ini. Ada 2 jenis orang yang respon dengan perasaan ini. 1) Teringin nak kahwin sehingga topik kahwin ini sering menjadi perbualan dengan rakan-rakan.Sampai yang ada mengenang nasib. Kawan-kawan dah kahwin sedangkan dia, jodoh pun still tak nampak kelibat. 2)Ada keinginan nak berkahwin. Cuma tak menampakkan sangat. Kesibukan dengan tugasan kerja lebih penting dari mengenang jodoh yang tidak sampai. Sebenarnya, jodoh datang dengan pelbagai bentuk. Hah??apa pula bentuk itu? Jodoh datang apabila 1) Kita sendiri yang mencarinya. Couple sana sini. 2) Kawan disekeliling kita 3) Kita serahkan pada keluar

Rasa hilang bebanan

Image
Ada orang hilang bebanan dengan bercerita Ada orang hilang bebanan dengan makan Ada orang hilang bebanan dengan tidur Macam-macam jenis dan cara untuk hilangkan bebanan perasaan. Sebenarnya mudah,  Nak bantu seseorang dalam menghilangkan bebanan ialah : 1) Dengar keseluruhan ceritanya Jangan disampuk rasa geram hati kau bila dengar dia bercerita. Bagi dia ruang. Nak nangis ke, nak jerit ke bagi.. Jangan kau sailang waktu dia hendak meluahkannya. 2) Beri kata² sokongan Bila dia dah habis bercerita, beri dia kata² sokongan. Jangan kau terus sembur marah dia jika dia bercerita untuk lakukan sesuatu yang diluar jangkaan. 3) Bagi cadangan Beri dia nafas. Cadangkan sesuatu yang boleh dia lakukan untuk hilangkan rasa terbeban dia. Jangan kau marah dia atau kau marah orang yang salah dalam cerita dia tu.      "Kenapa nak ikut sangat cakap dia?! Dia tu tak faham bahasa ke?!"      "Jangan jadi bebal. Buat ikut hati tak ikut akal !"

Berkecamukkah perasaan itu?

Image
Allah menguji seseorang dengan sesuatu keadaan yang kita tak pernah tahu kesudahannya. Waktu PKP ini, sebetulnya perlu menjaga perasaan masing-masing. Tak hilang lagi perasaan sedih berjauhan dengan suami. Dapat berita perlu extend plan untuk mengandung. Tiba-tiba dapat panggilan dari seseorang. Panggilan yang amat sakit untuk didengari. "ZALIM DENGAN SUAMI!" "PENTINGKAN IBU DARI SUAMI!" "TAK PUAS DUDUK DENGAN IBU KE?" "TAK RETI JAGA MAKAN MINUM SAKIT SUAMI" "GEMUK. MACAMANA NAK MENGANDUNG!" "DULU NAK SANGAT ANAK AKU! Bukan diri ini hendak jauh dengan suami sendiri. Tapi disebabkan PKP. Bukan diri ini pentingkan ibu sendiri lebih dari suami. Saya sudah minta izin 2 bulan awal untuk balik sekejap semasa cuti sekolah. Minta kebenaran. Bukan saya memaksa SUAMI! Beza tu. Bukan saya tak ambil berat makan minum sakit dia. Sebelum ini, saya jaga semua itu. Kamu tak nampak apa yang saya buat. Bukan saya tak puas duduk de

Jaga tutur katamu

Image
 Rezeki Allah itu kita tidak pernah tahu. Rezeki Allah itu tak pernah salah alamat. Rezeki itu akan hadir ketika waktunya telah sampai. Jadi manusia, jaga lidahmu. Cuba untuk tidak luahkan perasaanmu dengan dek amarah kepada seseorang. Kerana kau tidak tahu, semasa kau sedang melemparkan amarahmu ketika itu, dia sedang mengalami fasa yang amat berat bagi dia. Jadi manusia, jangan sentiasa nampak salah orang. Jangan sentiasa menangkan hatimu dengan menghukum orang tanpa kau tahu setebal apa kekuatan seseorang itu. Kerana kau tidak tahu betapa sukarnya dia ingin menebalkan kekuatan perasaannya yang makin rapuh dengan kata-kata kau. Jadi manusia, jangan menangkan ahli keluargamu selalu tanpa kau selidik hal yang sebenar. Kerana kau tidak tahu seburuk apa yang akan berlaku jika hati dia sudah mula tidak bersinar lagi untuk kau. Jadi manusia jangan selalu nak berasa puas hati. Kerana jika kau terlalu berpuas hati, tanpa kau sedari yang sebenarnya kau dah lukakan hati orang

Jangan sampai dibandingkan

Realiti. Perceraian bermula dengan pelbagai sebab 1) tiada persefahaman suami isteri 2) kelemahan antara suami dan isteri yang tidak disukai 3) hadirnya orang ke3 4) masalah kewangan 5) ketidakpuasan hidup bersosial 6) masalah pekerjaan 7) gangguan jiwa 8) perkahwinan jarak jauh 9) perkahwinan yang tak direstui atau diaturkan oleh keluarga 10 )masuk campuri bapa kandung atau mertua Dan yang paling perit ialah apabila diaturkan kehidupan rumahtangga oleh ibu bapa tak kira sama ada ibu bapa kandung atau ibu bapa mertua. Sebagai ibu bapa, tugas dan peranan anda ialah menasihati dengan cara baik. Bukan melemparkan kata² nasihat yang mengguris hati anak atau menantu. Jika ada perbuatan yang tidak disukai dilakukan kepada anakya, elakkan terus menghentam. Kerana, Yang hidup 24 jam dengan anakmu itu Bukannya kamu Tetapi menantumu Yang masih lagi dalam fasa mengenali buruk baik anakmu Yang kadangkala kamu sebagai ibu bapa pun tak tahan dan tak pernah tahupun buruk yang

Makan ❤️

Menyesal kahwin? Sedih? Terasa? Makan hati? Rasa diri tak berguna? Manusia mudah melemparkan kata² tanpa memikirkan apa seseorang manusia lain itu rasa. Mulut biasa melontarkan rasa hati masing-masing mengikut hati masing-masing. Sehingga tak peduli perasaan orang yang dia pandang teruk itu. "Tak sayang laki ke?" "Tak puas lagi ke duduk dengan mak ayah sampai tinggal laki?" "Dulu beria nak kahwin" Kalau seseorang itu meletakkan dirinya ditempat seorang isteri yang sekarang bersama dengan anaknya, nescaya dia juga akan rasa perlu ada ruang untuk mengecas positif dalam dirinya semula. Bukanlah buruk anaknya, tetapi dia(isteri) perlukan ruangnya sendiri tanpa dikongkong oleh kata² seorang ibu kandung atau ibu mertua.

Bila title bertukar kepada isteri

Selamat pengantin baru syida. Semoga perkahwinan yang dibina membawa diri dan keluarga baru ke jalan syurga Allah. Maaf... perancangan Allah kadang kala kita tak jangka.  Sedih itu pasti. Kawan baik kahwin tetapi kita tak dapat pergi. Bukan tak dapat pergi. Perancangan kita, Allah tukar untuk keluarga suami. Boleh dikira dengan jari majlis kahwin kawan yg dapat aku hadiri. Tak macam Eirra. Dia hargai kawan-kawannya. Sedang aku, susah untuk membahagikan masa dengan kawan-kawan. Itulah rasa seorang perempuan, wanita dan isteri. Berbelah bahagi apa yang mahu dilakukannya. Berontak dalam hati tak mampu mengeluarkan melalui kata.  Kerana, apa-apapun utamakan suami. Bahagia dia kita pun akan rasa aman. Suami turut berkorban untuk kebahagiaan kita, jadinya kita juga perlu cari jalan untuk balas pengorbanannya. Sesiapa yang belum berkahwin, hargai masa-masa awak sebaiknya. Masa dengan keluarga dan kawan-kawan. Bila dah kahwin nanti, sukar untuk kita ada masa fengan bff bila kita